Jumaat, 21 Mei 2010

Semangat Postcrossing!

Semangat postcrossing!

Inilah yg dikatakan semangat postcrossing! Actually dah beberapa bulan aku join postcrossing ni.. bertukar-tukar poscard dari merata dunia. Seperti biasa hubby @fullfilth la yg memperkenalkan aku pada mende2 cam ni.. Dia sendiri tak join, tapi suh aku plak.. :P. Anyway.. aku mmg suka kumpul poskad.. kalau aku gi memana mmg tak lupa aku beli poskad utk kenang-kenangan.. even kat depan pintu ofis aku pun, aku gunakan poskad utk menutup cermin tempat org nak ngintai tgk aku ada dlm ofis ke idak.. :P

Actually, permulaan hari tu agak lembab sebab masalah nak cari poskad. Macam tak caya jer susah nak cari poskad kat penang ni.. We all siap gi Komtar nak cari poskad (sambil2 gi shopping kat Prangin Mall) tapi hampa.. tak jumpa pun poskad.. kedai jual stem lama2 ada la.. So time balik KL last month adalah jugak beli poskad kat KLCC tapi harganya pun agak mahal.. tak beli banyakla...

Kebetulan beberapa hari lepas time pergi ke Park Royal Hotel Batu Feringghi ke Conference , aku ternampak ada kedai2 yg jual poskad. So mmg dlm hati ni dah aim mesti nak kena pergi gak kedai jual poskad tu.. Semalam kebetulan hampir seharian aku kat Park Royal utk conference tu.. kat depan kedai di seberang jalan Park Royal tu aku nampak macam ada jual poskad, so during lunch hour terkedek2 la aku berjalan menyeberang jalan utk membeli poskad (dgn menggalas henbeg & beg conference + laptop.. itu belum lagi dgn perut yg dah menghala ke depan). Punyala semangat nak beli poskad.. Bila sampai kat kedai tu, aku tgk poskad nyer berharga 45 sen satu.. apalagi.. aku pun beli 20 keping.. huhu..

So hari ni aku operasi menghantar beberapa keping poskad.. yg lain simpan dulu.. kalau ikut syarat kat Postcrossing, kita hanya boleh hantar 5 keping poskad pada satu2 ketika.. bila org dah terima barulah kita boleh hantar yg lain2.. gitu...


~mel
semangat.. semangat.. smlm dpt poskad dari Taiwan.. :)

1 ulasan: