Isnin, 25 Januari 2016

Lampuneon Cafe, Tg Malim

Last night balik2 dari Fraser's Hill agak penat macam malas nak keluar. Lepas maghrib dah tertido, then hubby ajak keluar juga lepas Isyak. Bila dok rumah hubby di Instun ni mmg kena makan luar ya sebab tak de apa yang nak dimasak. Mula2 nak makan kat Sekiah Makmur jer tapi semua kedai tutup.. so hubby drive ke Tg Malim. Actually hari sebelumnya ada lalu kat area dekat2 Masjid Tg Malim dan nampak sebuah kedai..  mcm lain sikit tapi waktu tu pagi2 tak buka...so hubby cakap.. nanti kita datang makan malam kat sini.. So malam tadi kami pergilah ke kedai Lampuneon Cafe ni.. Kedai macam baru lagi.. dari luar nampak ok.. So kami pun duduk..


Waiter datang dengan cepat.. masa tu memang tak de orang pun, satu meja je yang ada orang.. Bila tengok menu ada makanan melayu biasa spt nasi goreng dllg, dan ada juga makanan western. Tengok harga memang berpatutan.. So kami order western.. hubby order chicken chop, Aliff order fish & chips, aku order Beef Steak & untuk eryna sausage.  Sambil menengok menu, Hubby pulak dok menunjukkan nama Burger (Dimmu Burger) hahaha.. kami gelak.. zaman2 dulu kumpulan faveret hubby tu Dimmu Borgir ke hape nama group tu yang aku terjemahkankan jadi... Dirimu Bog..  :P (Isi tempat kosong). Lain kali boleh la order Dimmu Burger ya...


Sambil2 menunggu order kami tengok sekeliling.. si Aliff dah sebuk sebab nampak mainan lego. Pada keseluruhan interior kedai memaparkan poster kumpulan2 rock heavy metal.. Ada koleksi Iron Maiden dllg.. aku tak tau sangat.. tapi hubby taulah. Last2 aku gtau hubby, cer tanya diorg nak beli tak tshirt ACDC hubby yang dibelinya kat Melbourne 4-5tahun lepas. Sejak hubby dah insaf sikit ni dia dah tak pakai baju tu.. simpan buat kenangan je la.. :P


Masa menunggu hidangan ok, sekejab je dah sampai chicken chop, sausage & fish and chip. Cuma macam biasalah kan sesiapa yang order Beef Steak kena faham bahawasanya kalau order beef steak memang lambat dari makanan lain..


Utk chicken cho & beef steak diletakkan dengan black pepper sauce. Bagi aku rasanya agak sedap.. beef steak memang sesuai dengan taste aku. Cuma aku rasa portionnya agak kurang banyak which I told hubby sesuailah dengan harganya RM13. Biasanya kalau order Beef Steak di De Pauh Garden dekat rumah aku di Seberang Perai, beef steak aje dah berharga dalam RM23. Tapi portionnya pun RM23 jugalah.. so aku rasa kalau orang yang betul2 lapar kena order 2 pinggan baru rasa sendat perut.. kalau sepinggan ni macam hidup segan mati tak mau je rasanya perut ku ini... huhu.. dengan rasa yang sedap terasa pulak terkujat2 sebentar bila cepat sgt habis.. So disarankan owner lampu neon besarkan portion dan bolehlah naikkan harga sikit. Atau lebih bagus boleh buat pilihan portion.. sape nak 2 ketul beef steak or chicken chop tambah beberapa RM. haa barulah ngam! Anyway boleh tengok pinggan encik hubby yang licin.. :P

Ok itu saja.. nanti bila aku balik Tg Malim bolehlah pi lagi.. tp nak order 2 ketul beef steak, boleh? Overall kami recommend Restoran Lampuneon ni.. servis pantas dan rasa pun sedap. Cuma hubby kata kalau kerusi tukar warna hitam barulah lagi rock!!

Hari ni dah balik Penang... dah start rindu hubby yang jauh dimata.. :(

~mel


3 ulasan:

  1. Balasan
    1. Nak komen bahasa Kelate pun bukan.. bahasa Arab pun bukan..

      Padam
  2. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    BalasPadam