Ahad, 10 Januari 2016

Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 9 - Madinah)


Post ini bersambung dari post ini: Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 8 - Mekah)


Kami sampai di Madinah sudah lewat malam. Dugaan hadir dalam perjalanan di mana bas yang kami naiki rosak. Bukan rosak teruk cuma tak boleh jalan lalu dan naik bukit. Slow perjalanannya slow dan mengambil 7 jam juga dari Mekah ke Madinah. Memang penat. Dalam perjalanan kami first kami benti kat sebuah masjid sebab ada beberapa orang termasuk hubby yang belum solat asar jamak sewaktu di makkah. berhenti makan dan solat tempat rehat yang aku pun tak tau apa namanya dan lupa nak amik gambo kecuali gambor nasi sedulang besar dengan dua ketul ayam yang tidak mampu kami habiskan 4 orang.

Sesampai di hotel, tengok environment hotel agak ok. so dapat kunci bilik, kami terus naik dan tidur. Bilik di Hotel Madinah ni 4 orang sebilik tapi alhamdulillah sangat selesa. Pagi esoknya kami bangun macam biasa pukul 4.30 pagi dan dengan pandai sendiri mengikut orang ramai yang berjalan untuk menunaikan jemaah subuh di Masjid Nabawi. Rupanya dekat sangat hotel kami dengan Masjid Nabawi, alhamdulillah.

First time di masjid Nabawi sangat kagum dengan kecantikan dan keunikan masjid nabi ini. Cuaca di Madinah sangat sejuk, mujurlah kami dari Istanbul hari tu so jaket2 musim sejuk memang sangat berguna di Madinah. Siapa sangka negara padang pasir mempunyai suhu yang sangat rendah di musim sejuk. Setelah selesai subuh kami teus ke hotel untuk bersarapan. Setelah sarapan aku dan hubby ambil peluang untuk menjelajah Masjid Nabawi berdua. Hubby menunjukkan kepadaku tempat2 penting di Masjid Nabawi termasuklah Rawdah dan Makam Rasulullah. Hajat hatku nak ke Rawdah pagi tu, tapi tak jumpa pula pintu perempuan. So tak jadilah pergi..

 Aku dan hubby di Masjid Nabawi.

Di atas ni pula gambar ku di depan tempat keluar kaum lelaki dari Rawdah. Dan di sini adalah juga pintu yang paling dekat dengan makam Nabi. Jadi bolehlah ambil kesempatan utk berdoa di kawasan ini. 

Ini pula bahagian perempuan tetapi ditutup. Mula2 aku ingat masuk Rawdah ikut sini (Pintu Jibrail) tetapi guard yg menjaga cakap kena ikut pintu lain yg agak jauh. Utk perempuan nak masuk Rawdah kena ikut Gate 25. Oleh sebab masa tak mengizinkan, suamiku membawaku sekitar Masjid Nabawi, di samping menjadi guide yang paling best! :P


Disebabkan aku tak jadi ke Rawdhah pagi tu, aku ikut wife Ustaz ke Rawdah mlm tu bersama2 dgn beberapa org ahli kumpulan perempuan yg lain.Sebenarnya aku tak boleh nak bayangkan keadaan dalam Rawdah sebelum ke sana. Rupa-rupanya keadaan dalam Rawdah bahagian perempuan sangat sesak dan agak sukar untuk berdiri dan duduk tetap dalam kawasan tersebut. Nota di bawah ini adalah nota yang aku tulis setelah ke Rawdah bersama-sama dengan isteri Ustaz Anzaruddin dan beberapa org wanita ahli kumpulan kami serta mak mentuaku.


Mlm tadi dah ke Rawdah bersama kumpulan travel, walaupun dpt solat sunat dan berdoa tp hati rasa tak puas sbb rasa risau akan makmentua ditolak dirempuh dan sbgnya. Keadaan dalam Rawdah memang agak sesak dan tiada kompromi terhadap orang-orang tua di sana. Masing-masing mengutamakan diri sendiri untuk mendapat tempat untuk bersolat dan berdoa. Tak sanggup nak lepaskan tangan mak even utk berdoa apalagi untuk bersolat. Aku dan seorang kakak yang merupakan seorang guru dari Sarawak masing2 bersama-sama menjaga mak mentua aku dan mak sendara ustaz. kami berpegang tangan untuk menahan mak dan mak sedara ustaz dari dirempuh ketika sedang solat sunat diRawdah. Bila turn aku, aku tak sedap hati untuk membiarkan mak menjaga aku dari dirempuh oleh jemaah lain. Jadi aku tidak merasakan kekhusyukan dalam bersolat dan berdoa. Ada rasa sedikit lompong di situ. Hati rasa gundah gulana kerana rasa mcam hasrat tidak tercapai.

Entah mcm mana trip pagi ni ditunda ke sebelah ptg akibat ketiadaan bas.. lantas aku pun minta encik suami temankan diriku ke Rawdah (of course dia tak boleh masuk pintu perempuan). Aku katakan pd encik suami yang aku akan pergi ke dlm Rawdah dalam jangkamasa 1/2 jam ke 1 jam dan minta dia tunggu di luar gate. Suami kata cukup ke masa tu.. entah2 2 jam. Aku cakap bahawasanya aku dengan waktu anggaran aku tu. Bila saja aku masuk ke area menunggu ke Rawdah, orang yg menunggu untuk masuk ke Rawdah adalah 3 kali ganda bilangan orang pada mlm tadi. Aku hanya mampu berdoa di dalam hati agar noat aku ke Rawdah sendirian ini dipermudahkan. Ya Allah permudahkanlah perjalananku ini.. kata hatiku. Dengan badanku yg kurus lagi kecil aku mencelah sedikit demi sedikit apabila kawalan dibuka untuk masuk ke Rawdah. Ada ketikanya aku berlari pantas untuk menandingi orang lain.. Ya aku mencelah sedikit demi sedikit di dalam kumpulan wanita2 yg besar2 belaka. Syukur Allah sememangnya memberikan keajaiban demi keajaiban kepada diriku... Dengan mudah aku dapat masuk ke Rawdah.. dengan mudah juga aku dapat ke barisan hadapan tempat yang tidak akan diganggu ketika bersolat.. Subhanallah... ketika aku sampai di situ, aku mula bersolat sunat.. ketika aku sujud jiwaku merasa amat tenang sekali.. tiada perasaan bahawa di belakangku orang sedang berasak dan bersesak2 untuk menunaikan solat dan berdoa.. jiwaku rasa lapang.. selapang2nya.. aku rasa macam di alam lain.. lantas dapatlah aku bersolat dengan tenang, bersujud hingga aku selesai berdoa dalam sujudku... Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengasih lagi Maha Penyayang..

Setelah selesai di Rawdah, jiwa rasa tenang. Aku menitiskan airmata dalam perjalanan ke pintu untuk mencari suamiku di luar sana. Berjurai2 airmataku, sungguhku rasa terharu kerana niatku dimakbulkan oleh Allah. Aku singgah sebentar di tempat air zamzam untuk minum air zamzam sejuk bagi menenangkan hati yang rasa sangat2 terharu... Sampai2 di luar aku mengerling jam di tangan... Subhanallah.. tepat 1/2 jam sahaja aku mengambil masa untuk bergelut untuk ke Rawdah. Di luar ku lihat suamiku duduk di depan gate sambil mengaji. Bila dia nampak aku ke arahnya.. ditanya olehnya.. macam mana? Berjaya? Aku hanya mampu mengangguk dan menunjukkan jam.. ngam2 1/2 jam kataku kepadanya.. :)
Gambar di atas aku ambil sebaik sahaja aku keluar dari Rawdah. Muka ada sedikit manis dengan pengalaman yang amat bermakna itu. Sesungguhnya pengalaman itu membuatkan aku rasa bertuah dan amat bersyukur dengan ruang dan peluang yang Allah berikan. Seterusnya aku pun seperti biasa mengambil gambar kaki kami berdua... huhu... ke mana2 kami pergi ada versi gambar kaki kami berdua sebagai tanda ingatan kami pernah ke situ... :P



Aku dan hubby setelah misi Rawdah ku dimakbulkan Allah. Terima Kasih Ya Allah...
Masjid Nabawi adalah masjid yang amat istimewa kerana ia adalah masjid yang amat istimewa dan penting kerana ianya dibangunkan oleh Nabi Muhammad Sallahualaihiwassalam di mana baginda dimakamkan di sini, begitu juga dengan sahabat2 Nabi. Sebelum kami ke sini, ada ramai sahabat yang meminta kami mengirimkan salam kepada Rasulullah.. masa tu tak faham.. orang dah meninggal patut ke sampaikan salam... lantas pertanyaan kepada ustaz Anzaruddin dijawab dengan.. walaupun baginda sudah wafat, jiwa baginda sebenarnya masih hidup bersama2 dengan kita, jadi bila kita menziarah makam Nabi.. ucapkanlah Assalamuaikum Ya Rasulullah.. dan beliau akan menjawab Waalaikumsalam.. Dan bila kita sudah tiada di sana, sentiasalah berselawat ke atas nabi kerana Rasulullah akan sentiasa mendengar selawat kita dan moga terpilih dalam golongan yang mendapat Syafaatnya... Amin... 

bersambung...

~mel



1 ulasan:

  1. alhamdulilllah syukur je kan dh smpi mekah madinah tuuuuh., ;p

    BalasPadam