Sabtu, 16 Disember 2017

Bnyk yg sedih2 hari ni. Saya tak perasan akan pelajar (guru) ☝🏽☝🏽. Tak pasti dia kohort berapa. Hari ini dia mengulang 3 paper. Lantas sy tanya pd staf sy, dia ada surat ke knp dia mengulang bnyk paper.. ada sakit ke.. lantas staf saya ckp, dia bawa surat doktor td.. ditunjukkan surat tsbt.. Bila sy baca sy rasa sedih.. pelajar ni menghidapi masalah mental since dia belajar di Maktab Perguruan. Bila baca rekod.. dpt tahu segala apa yg terjadi.. terus rasa kesian yg amat sgt. Walau dlm keadaan kurang sihat masih cuba menamatkan pengajian. Selesai kertas terakhir pd pkl 4.15ptg.. waktu jln ke kereta, sy nmpk dia mcm sdg menunggu. Sy tegur tanya dia tggu siapa. Katanya tggu ayah. Dia ckp dia xboleh memandu dan tidak dibenarkan memandu sbb dia boleh tak sedar diri bila2 masa. Juga kdg2 dia kena sawan smpi berbuih mulut. Katanya masalah mental dia bermula masa dia maktab.. dan sampai dia posting ke johor dia masih begitu. Lantas dia minta tukar blk kampung ke Selama sbb klu tak tiada siapa boleh bantu dia di Johor. Sempat dia tunjukkan ‘rantai’ medic dia. Rantai itu ada particulars problem kesihatan dia jika berlalu apa2 kejadian bila dia keseorgan. Sdg berborak, ayah dia sampai... Bersyukurlah selalu dgn kehidupan kita.. mungkin ada insan yg tidak bernasib baik seperti kita 😭😭😭. Saya doakan moga Allah sentiasa mempeemudahkan urusan pelajar sy seorg guru yg bernama Noorzawil Akmal ini.. InsyaAllah.. Amin..


#Mulberry berbuah dgn jayanya.. baru perasan πŸ˜‚πŸ˜‚


Papa tak balik minggu ni.. jaga dan uruskan atuk di hospital. Mommy pula menjaga exam 5 kerta mengulang PPG sepanjang hari ni. So mommy bawa #Eryna sekali.. kesian asyik kena tinggal. Kdg2 dlm kehidupan ini bnyk yg perlu dikorbankan. Kita tak boleh ingin terus hidup dlm zon selesa dan hidup ingin sentiasa bergantung pd org lain. Dlm pada kesihatan bapa mentua yg tidak begitu baik buat masa ini, saya melihat bnyk perkara yg membuat hati saya gundah. Saya lihat betapa kdg2 kita sbg anak sukar melakukan pengorbanan.. sedangkan ibubapa telah bnyk melakukan pengorbanan kpd kita.. Juga ada yg melebihkan ibu bapa sendiri berbanding ibu bapa mentua.. Sedangkan ibubapa mentua tu tarafnya sama dgn ibubapa kandung kita. Jgn diskriminasi ibubapa mentua.. Letih bagaimanapun kita, tanggungjawab tetap sama... Hidup ini jgn suka meminta2.. terutama dari ibubapa sendiri dan kaum keluarga. Nanti bila pengorbanan akan terkeluar balik bagaimana sikap kita sebelum ini.. #JustSaying Sebenarnya saya dah 2 minggu di luar USM. Jaga exam pagi ni adalah tanggungjawab saya sbg penyelaras program PPG since 2012 yg tinggal saki baki pelajar shj lagi. Saya rasa bersalah jika tidak membantu sebab tetiba sy dapati muncul RM1.5k dlm akaun sbg elaun penyelaras sdgkan sy rasa xbnyk kerja yg sy buat semester inj memandangkan student tinggal hanya beberapa org. Jd seboleh2nya sy ingin bersihkan rezeki sy. Walaupun hati sebenarnya meronta2 nak balik KL utk ziarah bapa mentua. Moga Allah permudahkan urusan sy dan keluarga suami sy dlm menjalani kehidupan ini.. InsyaAllah.. Amin.. #LifeNotEasy #IamAMom #Tired #PrayForTheBest


Selasa, 21 November 2017

Sabtu, 4 November 2017

Masih belum #MoveOn πŸ˜‚πŸ˜‚. Gambar diambil oleh my sifu, Prof Karim, Pengarah Pusat Cemerlang Akademik USM. Sebenarnya dialah yg bersungguh2 memilih dan mencalonkan sy utk #AAN tahun 2016. Tanpa galakan dari beliau sy rasa kurang konfiden sebenarnya.. huhu.. Ketika gambar diambil tangan minah gedikss si #Eryna trus tunjuk ke.... huhu.. pandai sgt yer.. #MommyPapa #MommySygEryna #Family


#Throwback #FridayNight #Family with Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Jusoh & Timb Menteri Pngajian Tinggi Dato' Mary Tan. Tengok tu #Eryna selama diri dgn atuk baru dia. Mujur sempat lambai pak menteri utk bergambar.. huhu.. sbnrnya dia dah nak kluar dewan, saya sibuk dipanggil oleh VC USM utk bergambar dgn #TeamUSM. Encik suami td ckp walaupun saya dpt anugerah tapi saya xdpt salam menteri.. dia je yg dapat.. ewahhh!! #Alhamdulillah #AnugerahPengajaran #AnugerahAkademik Negara #AAN #Family #SoaringUpwards #USMStyle


Alhamdulillah.. Syukur ke Hadrat Allah atas penganugerahan Anugerah Pengajaran bagi Anugerah Akademik Negara ke10. Terharu dan teruja menjadi seorang 'guru' terbaik negara.. Kalaulah ayahbonda masih ada.. tentunya mereka yg paling berbangga.. Arwah mak terlalu ingin anak2nya menjadi guru, manakala arwah ayah menjadi penggerak anak2 utk belajar ke peringkat paling tinggi. Berbanyak terima kasih kpd encik suami @faizalr yg sentiasa menyokong dan sentiasa percaya pada kemampuan isterinya. Saya takkan ke tahap ini tanpa sokongannya. Even nak pi interview AAN pun dia kena ambil cuti sbb isteri xboleh drive, gabra xboleh buat simulasi.. mcm2lah..huhu.. Juga terima kasih utk keluarga tersayang.. i love u all.. Terima kasih kakak2 & abg ipar yg hadir mlm ini.. Maaf buat yg xdpt dijemput.. but u are all in my mind.. Ya Allah.. Terima Kasih atas kurniaan dan rezeki dariMu. p/s VC USM dah pesan siap2.. guna duit anugerah tu wisely.. 50k tu... huhu.. InsyaAllah just nak simpan utk pi haji pakej boleh?? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ #syukurselalu #AAN #AnugerahPengajaran #Alhamdulillah #MommyPapa #USMStyle


Jumaat, 29 September 2017

Jumaat 29 September

Hari ni banyak perkara yg baik2 hadir. 

Pagi2 ke Pusat Sejahtera berjumpa doktor yg baik dan meminta sy banyak berehat, elakkan stress dan tukar ubat yg menyebabkan saya batuk 'kering' beberapa bulan ini. 

Dari Pusat Sejahtera ke Bakti.. kakak roti canai yg sentiasa menyapa sy dgn penuh hormat dan tertib walaupun kelelahan menebar roti akibat demam katanya semalam. 

Keluar dari Kafe Bakti singgah SCMart nak beli roti utk kat rumah, tiba2 dipelawa nasi lemak daun pisang free di atas kaunter - ada org sedekah jumaat sebakul nasi lemak katanya. Lepas lunch hari ni.

Balik dari USM singgah ATM nak keluar duit.. ada dlm RM15 je kot dlm purse. Sesampai ATM, ada seorg lelaki sdg dlm kebingungan. Sy beratur diblkgnya, lantas dia berpusing dan bertanya.. kak kalau duit RM13 dlm akaun boleh ke sy keluarkan RM10? Sy ckp xpasti sambil meninjau melihat ke ATM yg menunjukkan baki RM 13.45. Dalam hati berkata.. Ya Allah aku ni tak pernah keluarkan even RM50 je dari ATM.. sampai xtau boleh ke tak nak kluarkan RM10. Tetiba mamat tu pusing lagi, kak.. kalau sy nak cuba keluarkn RM10 mcm mana, sy tak reti.. maaf kak sy OKU. Walaupun agak teragak2 tp sbb mmg sy tgk dia dah dlm akaun so sy cuba juga tlg kluarkan RM10 tu.. tapi ATM kata hanya boleh kluar RM20 dan bilangan lain shj. Bila sy katakan tak boleh pdnya dia mcm hampa sekali dan beri laluan pd sy utk keluar
duit dan berlalu pergi. Kesian pula rasa dihati. Lantas cepat2 sy keluar duit dan nampak dia di hujung  kawasan smbil menung. Bila nmpk sy dia bertanya.. kak mmg RM10 tu tak boleh keluar ya?? Sedih pulak sy, lantas sy keluarkan RM10 dan beri padanya.. Nah ambil ni dik.. Muka dia terkejut dan tunjukkan muka sedih.. ucapkan terima kasih. Cepat2 sy berlalu takut jadi drama pulak πŸ˜…πŸ˜…

Sampai rumah sy buat kerja sikit, menyiapkan artikel utk submission hari ni, tetiba teringatkan my BFF yg ada problem sebab kurang ada penerbitan. Lantas sy terfikir utk masukkan nama dia sekali. Dia pun bnyak tolong sy walau bukan dr segi akademik.. tlg jaga eryna dan mcm2.. Bila dah submit, sy whatsapp dia bgtau takut dia terkejut.. lantas dia menangis dan mengucapkan terima kasih serta doakan yg baik2 utk kami sekeluarga. 

Hari Jumaat ini sungguh indah bila kita sentiasa melapangkan hati dan berbaik sangka kepada Allah. Akhirnya buka email, ada rezeki masuk.. Ya Allah.. terasa Allah bayar segala rasa syukur cash! 

Moga hari ini hari yg bahagia untuk kita semua. Insyaallah.. Amin..


~mel

Pi #PusatSejahtera USM ambil ubat.. tetiba jumpa Einstein hihi.. #JgnMarahyer πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜πŸ˜


Selasa, 1 Ogos 2017

One of my best Saudi Arabian student. Biasa student Arab ni mmg mcm2 perangai dan susah nk jumpa area kampus. Tp Alshammari ni mmg sgt komited dgn study, dia balik Arab Saudi kejab je utk collect data, kemudian muncul semula sebaik shj habis collect data. Last week Jumaat dia email Bab 4.. td sy sempat tinjau.. ada komen2 yg susah sy nk tulis thru email. Kagum sy dia habiskan masa di library. So dlm 10 minit lepas sy Whatsapp dia pun muncul di pintu ofis sy. Sgt efisien. Dia tgh prepare nk previva. Mungkin xsempat graduat tahun ni.. tp insyaallah boleh cuba juga.. kot2 berjaya..


Final thesis hardcopy ini muncul dlm pigeonhole sy ptg ini. Terasa ingin menitis airmata. Finally student sy, Nizam submit tesis akhir beliau. Nizam hampir dibuang oleh UTHM akibat kontrak dah habis. Alhamdulillah.. sy dpt bantu dia utk selesaikan tesis dan viva diakhir2 nyawa candidature dia. Dia ada bnyk problem dlm study.. esp lepas dia berkahwin. Biasalah lepas kawen tetiba hilang.. tau2 dah lahir baby. Anak dia anak autism.. jd mcm2 masalah dia hadapi. Sbg supervisor kdg2 kasihan, kdg2 geram!! Tapi... bila dah hantar tesis hardcopy mcm ni.. supervisor mana yg tidak bersyukur.. Selesai satu tugas mengraduatkan seorang student.. InsyaAllah tahun ini bakal mengraduatkan 3 org PhD dan 3 org EdD student.. jumlah 6 org pelajar ijazah kedoktoran.. Ianya bukan sesuatu yg mudah 😬😬😬


Seharian di Taman Negara Pulau Pinang & Monkey Beach. Alkisah en suami ajak pi hari terbuka Perhilitan NRE hari Sabtu hari tu.. excited rasa sbb dh lama tak jln2.. Sdg dok tgk2 hari terbuka tiba2 ada sorang pompuan berpurdah (ingatkan Arab rupanya India) tegur tnya nk pi Monkey Beach ke?Bila tnya hubby dia ckp jom. So kami end up ke monkey beach naik boat dgn that indian lady, suami dan anak kecilnya. Cantik Monkey Beach tu. Kami dok dlm sejam.. then boat dtg ambil. Sampai semula kt tmpt hari terbuka, lepak2 sat then nk blk. Bila smpi ke kereta, hubby raba2 poket ckp.. ehh mana kunci kereta??? Kunci kereta terjatuh kat Monkey Beach masa hubby tgh dok baring2 atas hammock.. huhu.. so pi semula ke tmpt beli tiket boat.. tunggu smpi ada boat nk ke Monkey Beach semula.. Tunggu punya tunggu hubby dpt tumpang satu boat.. tp smpi2 kt sana org dh jumpa kunci tu dan dibawa balik ke tmpt kami menunggu.. hihi.. dptlah hubby merasa naik boat laju dua kali.. katanya bila naik boat kosong mmg driver bawa boat gila2.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Anyway akhirnya dpt kunci semula.. yg bestnya smlm cerita kat kawan2 masa tgh bengkel pasal kejadian.. bila cerita pasal hubby raba2 poket xde kunci.. tetiba sorang kawan si Zamri namanya ckp.. sat2.. berapa lama agaknya sesi membebel ko kat Faizal sebelum smbung pi cari kunci... pastu si Aidi gelak (mesti bini depa pun selalu bebel kat depa)... huhu.. Sorilah sy xde bebel kat suami sy.. sy relaks jer.. kami cool jer.. tu yg last2 kunci dpt akhirnya... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Jumaat, 28 Julai 2017

Terharu bila dihargai.. Vicky lulus viva (ujian lisan) Doktor Pendidikan pagi tadi dgn hanya minor correction.. sgt sedikit pembetulan. Perjalanan study dia turun naik since 2011. Dah banyak tahun. Tadi waktu berbual dgn beberapa org student setelah dia habis viva, dia berkata kpd mereka... u all tau tak sy bnyk bersalah pd Dr. sbb sy bnyk menghilang diri.. sekjab sy muncul, skjab sy hilang.. Dan setiap kali sy dtg serah diri Dr tak pernah marah sy, just ask me to proceed, give me advice, push me dan made me confident utk selasaikan study. Sampai seorg student Chinese yg bkn di bawah sv sy berkata, Dr. can I tumpang u.. can u help push me coz my sv do not push me like u did to your students. Saya hanya mampu berkata2 dlm hati.. aku manusia biasa.. kdg stress juga dgn student yg minta difahami ttp kdg2 lecturer ni juga tersepit di arena kehidupan.. However, kata2 dari student yg berjaya pemberi semangat dan sedikit sebanyak membahagiakan. Yg sy harap cuma.. moga ianya menjadi bekalan utk sy bawa pulang ke SANA.. InsyaAllah.. Amin


Bekas pelajar Whatsapp bgtau dia nak smbg PhD atau EdD. Dia adalah salah seorg student terbaik sy waktu Master. Utk penyelidikan hanya 2 org yg dpt A dr 50+ pelajar dan dia salah seorg drpnya. Tp dia risau takut sy keluar dari USM sbb sy mmg sgt desperate tidak mahu duduk berjauhan dgn suami lg. Lantas sy ckp klu suami sy dpt tukar Penang sy mmg xkan pergi mana2.. lantas dia ckp, mak dia nk pi haji, nk minta doakan utk kami. Yg sy amat terharu bila dia ckp mak dia tentu akan doa bersungguh2.. demi mahukan anaknya belajar di bawah sy. Sungguh sy terharu.. sebab sy rasa diri sy sgt kerdil, bnyk kekurangan dan bnyk perkara yg sy perlu lakukan utk perbaiki diri.. πŸ˜“πŸ˜“


#Lunch #Muffins dari student.. #Rezeki #Alhamdulillah


#Bfast #Puree


Kalau tidak kerana takut lambat mnghadiri sesi viva pelajar pagi ini, mungkin tidak akan meredah jem pg ini. Sejam di atas jambatan smmgnya sgt mencabar. Pagi ni viva pelajar EdD saya yg waktu sy sakit keracunan mknan pun sy ke ofis sbb candidature dia dah nak habis. Semoga hari ni berjln lancar..


Khamis, 27 Julai 2017

PMS..

Hari ni ada bengkel untuk menyiapkan modul atas talian. Sebelum bengkel my friend ajak bfast bersama, so saya pun setujulah sebab belum bfast. Dlm perjalanan balik dari tempat makan berdua, my friend cakap dia perlu balik rumah sekejab sbb dia rasa tak selesa.. dia rasa dia ABC. So dia cakap jomlah ikut dia balik rumah sekejab. Then otw ke rumah dia, dia cakap.. hmm.. dah berumur ni tak de alert apa2 terus je ABC.. tak mcm waktu lebih muda dahulu.. tapi.. katanya.. patutlah minggu lepas mood dia tak bagus, malam tadi disebabkan benda kecil habis anak2 dia kena marah.. πŸ˜πŸ˜€πŸ˜ rupanya2nya hari ni dia ABC. Masa marahkan anak mmg tak rasa apa2.. memang terus rasa nak marah tanpa ada kompromi. 

Lantas saya cakap... ehhh.. ko pun mcm aku juga ya.. aku pun sama.. time2 gitu aku mmg langsung tak boleh kontrol.. dan aku sendiri tak pasti kenapa walaupun aku usaha nak kontrol tp emosi aku mmg tak akan stabil walaupun aku sedaya upaya senyap dan tidak bercakap. Kadang2 rasa geram pada diri sendiri tp it is uncontrollable dan saya cakap masa saya lebih muda, sy adalah seorg yg sgt sabar..  sy tiada PMS dan saya boleh bertahan mcm2 cubaan tanpa jadi emo. My friend pun ckp.. samalah kita..makin lama makin teruk PMS dia.. every time akan jadi punca pergaduhan antara dan suami dia.. Aduss.. aku pun sama.. kami pun terus bercerita ttg PMS dan sama2 tak tahu how to deal with it.. kdg2 ok.. kdg2 mampu deal tetapi ada ketikanya we just tak boleh nak kontrol.. sgt2 tak boleh.. tak tau mcm mana perasaan sedmikian..

Dan kesimpulannya... it is just a mystery kenapa perempuan jadi begitu bila ada tanda2 ABC. Tapi yang sgt penting.. ianya sgt mempengaruhi kehidupan. Kdg2 rasa kenapa aku jadi begini.. ingatkan saya sorang tapi terma PMS tu ada sebab ianya wujud.. Time dah ABC jiwa makin kacau.. hanya boleh berzikir.. Astarafirullah.... tenangkanlah hatiku.. tenangkanlah hatiku... dan bila ABC.. badan memang sakit..badan mmg lemah dan tak berdaya tp sebagai wanita kami cuba utk bangun dan mengurus dan melakukan apa saja... 

Allah... hidup ini penuh ujian... dan PMS merupakan salah satu ujian hebat.. 

~mel
I just don't know how to deal with it..

Today..

Today and everyday struggle. This year it is much more as Eryna is in Year 1. Have to be at school b4 720. Thursday much more hectic.. she got WOW English, by 710 should be at school. But today.. 730 still on the road because of jem in front of school.. Mommy has workshop and need to be at office early.. everything went wrong.. Sampai ofis airmata menitik dulu.. then.. arghh forget about it..this is life..

Selasa, 25 Julai 2017

Depression

What Is Mental Health?

Mental health includes our emotional, psychological, and social well-being. It affects how we think, feel, and act. It also helps determine how we handle stress, relate to others, and make choices. Mental health is important at every stage of life, from childhood and adolescence through adulthood.

Over the course of your life, if you experience mental health problems, your thinking, mood, and behavior could be affected. Many factors contribute to mental health problems, including:

  • Biological factors, such as genes or brain chemistry
  • Life experiences, such as trauma or abuse
  • Family history of mental health problems

Mental health problems are common but help is available. People with mental health problems can get better and many recover completely.

Early Warning Signs

Not sure if you or someone you know is living with mental health problems? Experiencing one or more of the following feelings or behaviors can be an early warning sign of a problem:

  • Eating or sleeping too much or too little
  • Pulling away from people and usual activities
  • Having low or no energy
  • Feeling numb or like nothing matters
  • Having unexplained aches and pains
  • Feeling helpless or hopeless
  • Smoking, drinking, or using drugs more than usual
  • Feeling unusually confused, forgetful, on edge, angry, upset, worried, or scared
  • Yelling or fighting with family and friends
  • Experiencing severe mood swings that cause problems in relationships
  • Having persistent thoughts and memories you can’t get out of your head
  • Hearing voices or believing things that are not true
  • Thinking of harming yourself or others
  • Inability to perform daily tasks like taking care of your kids or getting to work or school

Isnin, 24 Julai 2017

#PPG #Kohort5

Berbunga2 hati seorg guru apabila anak murid tiba2 datang ziarah di ofis dan bawa sebiji kek utk dihadiahkan padanya. Kdg2 kita sebenarnya melakukan apa yg kita suka bukan kerana inginkan penghargaan, cuma kita lakukan kerna itulah sesuatu yg kita sgt suka lakukan dlm kehidupan kita.. #PPG #Kohort5

Ahad, 23 Julai 2017

Duhai hati.. berbahagialah..

Dari buku #DuhaiHatiBerbahagialah oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani. Dah tak sabar utk bermusafir melihat dunia yg berlainan. #GermanyTrip #Oct2017

Jumaat, 21 Julai 2017

Tiba2 merasakan sgt memerlukan jeruk ini.. Jadi terpaksalah cari dgn segera.. Mmg menyegarkan jiwa.. πŸ˜‚πŸ˜‚


Gambar Petang smlm tiba2 mendpt panggilan telefon dari seorg staf BPI, meminta gambar sy utk dimasukkan dlm laporan tahunan mereka. Saya tanya, nak gambar mcm mana.. dia ckp mcmmana pun boleh tp kalau boleh dia nak cepat. Lantas sy teringat sy pernah menjalankan sesi penggambaran di CDH tahun lepas ala2 studio photo. Lantas sy hubungi staf CDH. Senyap! Then sy teringat Prof Karim ada juga ambil gambar masa sesi tu guna iphone dia dan hntr beberapa gmbr pd sy. Bila sy check telefon jumpalah gambar yg agak cantik kualiti ini dan hntr kpd staf BPI utk buku laporan mereka. Dan staf tu maklumkan penerimaan gambar tu. Selang beberapa ketika.. ting!! satu email masuk dr staf CDH bertajuk: Gambar. Bila sy tgk attachment.. laaa.. staf CDH tu hantar balik gambar ini kpd sy.. ini mesti buku laporan dibuat oleh CDH dan staf BPI tu hntr gmbr yg sy beri pd mereka dan mereka nk mudah kerja hntr semula gmbr tu pd sy sbb malas nk cari dlm cloud mereka. Aduhlaaa.. rasa nk membebel tp malas nk bising. Sakit hati pun ada. 😳😳😳


Lontong Bakti lontong special berlauk paru pilihan hati pagi ni. Sebenarnya berhajat nak mkn roti sardin kak lem.. tp tutup pula.. jd lontong pun ok.. Makan sensorang spt biasa... 😬😬 #LoneRanger 🀷‍♀️🀷‍♀️


Rabu, 12 Julai 2017

#Alhamdulillah hari ini berjaya menamatkan #Syawal6. #Rezeki melimpah ruah lg hari ni, mendpt durian terus dari dusun.. Syukur.. Isinya sgt sedap. Yg paling indah berjaya selesaikan puasa enam lebih dari nikmat durian percuma. Dugaan berpuasa ini Allah saja yg tahu. Tapi Allah jua yg beri kekuatan. Kalau ikut hati akan mnyerah akibat keracunan makanan yg sgt teruk. Rasanya tak pernah seteruk ini.. dari Khamis lepas hingga hari ini setelah seminggu, masih lg terasa sakit dan efek keracunan itu. Sbnrnya tahun ini cabaran Ramadhan bg sy juga sukar. Kesibukan hal duniawi membuatkan sy tak mampu khatam.. hanya sekadar 23 Juzuk yg termampu. Saya sedih tp sy diam. Salah saya, selalu keletihan setiap melam.. selesai Tarawih akan terus lelap. Terkdg antara maghrib dan isyak cuba menyelak AlQuran, boleh tertidur keletihan. Kesibukan duniawi benar2 memberi kesan hebat pada ibadah ramadhan 😞😞 Bila syawal menjelma tiba2 sy tersedar, Allah sbnrnya nak sy teruskan perjuangan dan terus menerus mengaji dlm kesibukan sy dgn hal duniawi.. Sukarnya mencari masa lapang.. tp Allah xbg lapang kalau kita tak cari. Kini sy sedar akan hikmahnya, sy berhenti dlm juz 23... selepas itu surahnya pendek2 dan kurang sukar.. Jadi perlahan2 dpt sy habiskan 1 surah sehari.. Subhanallah.. itu rupanya Allah nak ajar saya..Dlm kecewa ada rahsia..


Subhanallah.. cantik betul dpt kiriman sepasang kain sari dari #Pakistan oleh student sy yg berada di sana. Kebetulan adik dia balik ke sini, dan singgah ofis utk beri hadiah dari kakaknya. Tak tau nk ckp apa sbb tahun ni sy sbnrnya hanya beli 2 pasang baju shj.. Satu baju raya utk Raya Pertama utk sedondon dgn Eryna, dan spsg lg sy beli beberapa bulan lepas di Plaza Masalam, Shah Alam sewaktu bertugas di sana sebab ada satu kedai di sana menjual jubah dari kain 'kasa rubia' yg juga diimport dari Pakistan. Waktu raya mmg bertukar beberapa baju baru, tp semuanya pemberian student2 antarabangsa sy. Mungkin sudah jadi amalan mereka utk memberi kpd guru mereka. Bila sy dpt kain ini sy menitiskan airmata.. rezeki yg Allah bg kpd sy melimpah ruah.. seharusnya sy bnyk bersyukur 😒😒. Paling terharu pelajar yg mnghantar adalah pelajar kurang upaya, berkerusi roda.. tp semangat dia sgt tinggi.. dia selalu menangis bila jumpa sy.. bila sy beri semangat pd diri, dia cepat menjadi kuat semula... Berlainan dgn sy sendiri.. bila semangat merudum.. lama utk naik semula..😞😞


Selasa, 11 Julai 2017

Isnin, 10 Julai 2017

Yina..

Balik sekolah.. mommy knp mommy nmpk kurus hari ni? Kurus mcmmana Yina? Muka mommy nmpk kurus, mata mommy mcm taklarat. Ohhh.. mommy tak sihat.. Mommy sihatlah cepat.. mommy batuk kuat sgt. Hihi.. ok Yina. Mommy pun harap gitulah. Pastu.. mommy.. irdina dgn aufa kan buat geng.. bla bla bla.. #PenawarDukaLara #Eryna #BudakTahun1 #AnakMommy

Ahad, 9 Julai 2017

Tersirat..

Kadang2 apa yg terzahir mungkin tidak sama dgn apa yg tersirat. Yg penting, hidup perlu diteruskan. #MommySygEryna #Eryna #anakpapamommy #Tired #Kenduri #7thYear

Ulangtahun ke 7..

Selamat Menyambut Ulangtahun ke 7 #Eryna Zulaikha manja mommy. #MommySygEryna dan mendoakan Yina menjadi anak yg solehah. Jgn kuat merajuk.. moga sentiasa menjadi kekuatan utk mommy meneruskan kehidupan. Yinalah teman mommy berbicara setiap hari...

Tahun ke 8...

Mak.. Hadirmu bagai pelangi menyinari hidup kami. Semoga dirimu tenang di sana. Hari ni genap 8 tahun pemergianmu.. Aku sgt2 merinduimu.. AlFatihah.. 9 Julai 2009. πŸ˜’πŸ˜’

Sabtu, 8 Julai 2017

Kek Kukus...

Kek buah kukus.. kegemaran sejak remaja tp ni versi kurang gula dan ditambah walnut. Teringat kek kukus buah arwah mak.. tak pernah jemu makan.. 😞😞

Apa yg terbakar tu??πŸ€”πŸ€”


Jumaat, 7 Julai 2017

BP

Tak turun2 since tghari.. ko rase bila?

Anak kucing...

Ibu kucing dan anak2 berkubang di tepi rumah. Anak2 comel warna putih, hitam dan 2 ekor kelabu.. #Eryna merayu nak suh bela wahai papa @faizalr

Rabu, 5 Julai 2017

Iman..

Hari ni agak busy. Pagi meeting exam board, then jamuan raya, then petang meeting RIT. Masa exam board adalah masa berborak dgn sahabat baik. Cerita raya, sambil2 nama dipanggil utk present result exam masing2. My BFF cerita ttg raya dia.. ke rumah seorang pakcik jauh dia yg sedang sakit akibat kencing manis kronik. Katanya pakcik ni dulu2 adalah org yg warak, bukan imam tp kalau masjid atau surau tiada imam, dia boleh adhoc jadi imam, aktif dgn kegiatan agama di kampung. Tp skrg dia sakit dah 3-4 tahun, tak boleh bangun dan hanya isterinya yg jaga. Anak2 tak ambil tahu sgt. Dtg jenguk2 gitu je 😐😐. Kalau ikut pakcik tu still boleh bangun still boleh duduk tp dia mcm xberdaya jadi isterinyalah yg membantu utk bergerak. Keadaan badan baik berbanding isteri yg dah kurus kering menjaganya. My BFF tertanya2 kenapa boleh jadi gitu.. anak2 tak hiraukan langsung ayahnya.. dia langsung malas nak bergerak.. dah agak lama sedangnya dia nampak ok sahaja. Lantas my bff yg mulut mmg agak mudah bertanya ni tanya kepada isterinya.. Sepanjang dia sakit, ada tak pakcik tu solat?? Lantas isterinya bercakap dah 3-4 tahun dia tak solat.. apalagi nak baca Al-Quran. Dia hanya duduk begitu tanpa ada aktiviti yg menjurus kepada ingatnya kepada Allah. Terkejut my BFF. Dia cakap.. Ya Allah.. kenapa sampai jadi gitu. sedangkan pakcik tu dulu org yg baik2.. sekarang ni mcm iman ditarik balik.. Tiba2 kami berdua terkedu.. dan berbincangkan.. Ya Allah..patutlah kita kena selalu berdoa dan berdoa semoga Allah tidak menarik kembali iman yg diberikan kepada kita.. jgn sangka hari ini kita rasa kita beriman, esok kita akan tetap sama. Janganlah Allah bagi ujian sedemikian kepada kita. Takutnya saya.. sesungguhnya takut.. Ya Allah.. matikanlah aku dan seluruh keluargaku dalam iman.. jgn Kau pesongkan walau sejebis keimanan dari kami... Saya bersyukur mempunyai kawan2 baik yg sentiasa memperingkatkan satu sama lain tentang mati.. tentang solat.. tentang iman.. Syukur Allah mengurniakan mereka pada saya.. #blogHari ni agak busy. Pagi meeting exam board, then jamuan raya, then petang meeting RIT. Masa exam board adalah masa berborak dgn sahabat baik. Cerita raya, sambil2 nama dipanggil utk present result exam masing2. My BFF cerita ttg raya dia.. ke rumah seorang pakcik jauh dia yg sedang sakit akibat kencing manis kronik. Katanya pakcik ni dulu2 adalah org yg warak, bukan imam tp kalau masjid atau surau tiada imam, dia boleh adhoc jadi imam, aktif dgn kegiatan agama di kampung. Tp skrg dia sakit dah 3-4 tahun, tak boleh bangun dan hanya isterinya yg jaga. Anak2 tak ambil tahu sgt. Dtg jenguk2 gitu je 😐😐. Kalau ikut pakcik tu still boleh bangun still boleh duduk tp dia mcm xberdaya jadi isterinyalah yg membantu utk bergerak. Keadaan badan baik berbanding isteri yg dah kurus kering menjaganya. My BFF tertanya2 kenapa boleh jadi gitu.. anak2 tak hiraukan langsung ayahnya.. dia langsung malas nak bergerak.. dah agak lama sedangnya dia nampak ok sahaja. Lantas my bff yg mulut mmg agak mudah bertanya ni tanya kepada isterinya.. Sepanjang dia sakit, ada tak pakcik tu solat?? Lantas isterinya bercakap dah 3-4 tahun dia tak solat.. apalagi nak baca Al-Quran. Dia hanya duduk begitu tanpa ada aktiviti yg menjurus kepada ingatnya kepada Allah. Terkejut my BFF. Dia cakap.. Ya Allah.. kenapa sampai jadi gitu. sedangkan pakcik tu dulu org yg baik2.. sekarang ni mcm iman ditarik balik.. Tiba2 kami berdua terkedu.. dan berbincangkan.. Ya Allah..patutlah kita kena selalu berdoa dan berdoa semoga Allah tidak menarik kembali iman yg diberikan kepada kita.. jgn sangka hari ini kita rasa kita beriman, esok kita akan tetap sama. Janganlah Allah bagi ujian sedemikian kepada kita. Takutnya saya.. sesungguhnya takut.. Ya Allah.. matikanlah aku dan seluruh keluargaku dalam iman.. jgn Kau pesongkan walau sejebis keimanan dari kami... Saya bersyukur mempunyai kawan2 baik yg sentiasa memperingkatkan satu sama lain tentang mati.. tentang solat.. tentang iman.. Syukur Allah mengurniakan mereka pada saya.. Semoga Allah bagi kekuatan untuk saya beribadat walaupun dalam keadaan sakit.. sesungguhnya sakit yg saya deritai selama ini kdg2 buat badan saya sgt lemah.. hanya saya yg tahu ketidaklaratannya.. sering terpaksa berdikit2 utk solat.. kadang sy mula dgn solat berdiri tp saya akhiri dgn solat duduk sebab sudah tidak mampu berdiri lama..tp selalunya saya sembunyikan dari pandangan org lain.. supaya org ingat sy sihat dan mampu utk meneruskan hidup.. Ya Allah.. kuatkan semangat saya... :'(

Selasa, 4 Julai 2017

Kotak kaler...

Salah satu kerja seorg ibu di pagi hari adalah memastikan segala pensil dan pensil warna dlm keadaan sedia digunakan di sekolah. #BudakTahun1 ni mmg perlu dijenguk begnya setiap hari. Biasanya mommy bangun jam 5pagi, siapkan sarapan, kemas buku ikut jadual, kemas baju utk transit, pastikan stationeri semua cukup (pemadam, pembaris, pengasah pensil, gam, gunting - semua selalu hilang).. Prepare gitu gini tgk2 jam dah 6 lebih. Barulah terhegeh2 nak mandi, subuh dan kdg2 gosok baju sendiri yg tak berkesempatan nk digosok sekali gus seminggu. Cita2 dan impian seorg mommy ni tinggi.. hajat hati nk mengaji lepas subuh la.. tp jarang tercapai.. kejut #Eryna mandi siap2 tgk dah pkl 7.. bergegas siap sediadan hntr ke sekolah sbb SKPJ masuk 720pg. Then.. terus ke ofis.. #ceritaibu #sesipagi #sajacerita #penat

Stream...

Dah lama tak memanjakan Encik #Stream. Balik dari raya kekotoran yg amat sgt.. lepas ni nk gi ketuk & cat kesan entah siapa langgar... lepas tu... #Accord #Civic #Vellfire ?? Kah3...

Isnin, 3 Julai 2017

Kenduri @Bkt Jelutong

Jenuh acah nak suruh si kembor #elfayyadh tgk kamera πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜¬. Last day of raya in KL.. kenduri anak sedara abg ipar. Penang here we come πŸ˜‚πŸ˜‚ #SHRAFMZB #Eryna #ootd #KahwinRaya #AliffZachary

Sabtu, 1 Julai 2017

#Us...

Org zaman sekarang tangkap gambar pandang bawah, kita pun pandang bawah juga laa... Sebelum balik ke Penang selepas menghadiri kenduri di Bukit Jelutong... encik suami lah ni suruh posing sebegini... Anyway aku rasa lawa jugak... :P #SHRAFMZB #MommyPapa #PapaRomeo #ootd #BFF

Jemputan Kenduri

Nak ke kenduri di Bkt Jelutong dan kemudian balik Penang. #MommyPapa #PapaRomeo #SHRAFMZB #ootd #BFF

Selasa, 27 Jun 2017

Wefie Raya..

#Wefie di pagi raya.. bukan senang nk suh mamat ni selfie #SHRAFMZB #BFF #MommyPapa

Siblings..

Kami beraya sesama adik-beradik tahun ni... utk kesekian kalinya tanpa org tua. Alhamdulillah.. masih dpt meneruskan tradisi berkumpul di hari raya berselang seli setiap tahun dgn keluarga mentua. #SHRAFMZB #AdikBeradikPompuan #TeamAnakYatim

Ahad, 25 Jun 2017

kembo..

Doa2 yg dlm perut mommy ni pun kembar juga. #StatementMintaLike #StatementCariNahas #SHRAFMZB

Jumaat, 23 Jun 2017

Eryna Aufa

Kad Ucapan Selamat Hari Raya dari Eryna utk kawan baik dia, Aufa. Beria suruh mommy Whatsapp kat mama Aufa. Sukahati bila baca message mommy dan mama Aufa. 😍😍#Eryna #BudakTahun1 #BFF

Ahad, 21 Mei 2017

Hubby @faizalr dpt steam & grilled set utk cabutan bertuah. Dah berapa bulan terperap benda tu.. so mlm ni kita bersteamboat & grilled di rumah.. hihi...


Cuti2 Kota Kinabalu

Pada 29 Apri, aku dijadualkan ada kelas di Kota Kinabalu. Disebabkan kelas PPG dah last dan ini mcm dah kelas terakhir, so aku cakap kat hubby.. jomlah ikut. Hubby pun ok. Aku juga cadangkan pada hubby agar kami ke Kundasang sebab setakat ke KK mcm dah tak tau nak pi mana. Pi Kundasang dapat juga melihat view yg cantik.. esp Gunung tertinggi di Msia, Gunung Kinabalu.  Dari Penang aku dah contact kawan FB ku Sarinah yang suaminya menyediakan kereta sewa. So siap deal dgn dia ttg kereta. Then aku plan utk stay di KK semalaman dan di Kundasang semalaman. Utk memudahkan.. kononnya aku sewa Celyn CIty Hotel dan Celyn Resot Kota Kinabalu.Kali ni aku saja beli tiket dari KLIA2, biasalah Air Asialah kan.. nak murah. So aku drive dari Penang hari Khamis petang, tidur di Tg Malim rumah hubby, then pagi2 Jumaat kami ke KL, singgah rumah mentua di Gombak.. Flight kami lebih kurang pukul 4 ptg..  First time hubby cakap jom kita try grabcar ke KLIA.. sebab first time dan hari Jumaat, awal2 kami dah gerak dari rumah.. pukul 12tghari.. Sampai KLIA2 dah pening tak tau nak buat apa.. menunggu lama sangat :P

Aku, hubby, Aliff dan Eryna makan di McD KLIA2. Ehh... bukan ke boikot McD. Kdg2 bila terpaksa telanlah juga,,, tp tidak dibiasakan.. jarang2 sekali.. 


Eryna punyalah happy.. maklumlah dah lama tak naik flight. Selalu dok ajak pi Australia lagi.. seronok pi Australia November 2016. .tapi seperti biasa mommy cakap kena simpan duit dulu ya.. so eryna pun rajinlah simpan duit dan tak delah beli benda bukan2..

Sementara tunggu flight.. kejab ok kejab merajuk.. macam2..


Alkisah kami suami isteri sekarang ni dok follow siri Prison Break. Hubby mmg peminat setia Prison Break sampaikan aku pun terrrrr minat sekali. Selalunya kalau hubby balik Penang hari Jumaat, malam tu mmg kami menonton Prison Break. Disebabkan menunggu kat airport lama sangat, sempatlah kami tengok cerita Prison Break yang aku dah download awal2 kat macbook aku.


Lobby Celyn City Hotel
Pagi Sabtu aku ada kelas. Disebabkan pelajar diminta menghantar tugasan dan projek so aku suh dia dtg ke Celyn City Hotel jelah.. huu.. So kat situlah kelas aku berjalan. sambil aku ber 'kelas' di lobby hotel, hubby dok tunggu dan bersiap2 dengan kereta sewa untuk ke Kundasang. Settle kelas dan hotel kami check-out dan terus ke destinasi kami Kundasang dalam pukul 12 tengahari... dipandu oleh hubby dan aku dan mcik google sebagai guide perjalanan... hihi.. perjalanan ke Kundasang memang penuh ranjau liku jalannya sebab jalan mendaki bukit.. jadi kami ambil masa yang agak lama dijalanan. On the way before sampai ke Kundasang, kami singgah di pekan Nabalu. Nabalu adalah pekan kecil di kaki gunung yg sangat cantik. Cuma yang tak best dalam perjalanan dan area pekan ini ada banyak anjing. Kami jumpa lebih 20 gereja Kristian di sepanjang jalan.. even restoran yang ada di tepi jalan kurang yg halal.. siap ada kedai di tepi jalan yg besar2 menayangkan banner... "Babi Salai"... huhuhu.. terkojut den.

kami di pekan Nabalu

di pekan Nabalu ada jual makanan segar, buah-buahan. sayur-sayuran dan juga barang2 kraftangan.

sempat rempat purse isi duit syilling. Dari atas pekan Nabalu memang boleh tengok kawasan pergunungan disekelilingnya. Kami berhenti agak lama di pekan Nabalu.. siap makan nasi ayam goreng berempah.. disebabkan gerai makan yg kecil dan kata hubby kuali goreng ayamnya hanya boleh muat 2 ketul ayam.. maka memang menunggu makanan punyalah lama. Tapi buat2 fahamlah.. pekan kecil nun di kaki gunung kinabalu. Dari Nabalu kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Sampai2 di Kundasang.. kami guna google map utk cari hotel.. 



Sampai2 ke jalan nak ke hotel, kami macam... ehhh.. ye ke ni.. ada sign board besar tapi jalan ke hotel adalah jalan batu batan tanpa tar. Keyakinan ada sedikit goyah.. Aduhh... aku silap book hotel lagi ke maca di Al-Caucin Spain 2.5 tahun lepas? Tapi kalau ikut google maps memang betul. So kami pun meneruskan perjalanan... hingga akhirnya nampak signboard Celyn Resort Hotel.. ya jalan yg kami ikut tadi memang betul... huhu.. mula2 kami ingat memang kami silap jalan.. kot2 lah ada jalan lain.. rupa2nya jalan itulah jalan yang paling elok ke hotel aka resort tersebut. Resort tersebut nampak ok.. besar.. bila kami check in kami dapat bilik atau resort yang paling hujung dan paling tinggi. Hubby punya gayat, macam tak ternaik je kereta sewa kami ke atas tu. Waktu nak ke bilik kami..  kami tengok macam tak ramai orang..Kami rehat sekejab dalam bilik, check waktu maghrib dan aku cakap kat hubby kita kena keluar cari makan ni.. ke pekan kundasang.. nanti kebulur kat bilik. Hubby agak reluctant mengingatkan jalan yg teruk, tp mengiyakan kami perlu makan.. so kami pun pergilah ke pekan kundasang yang jauhnya 3-4km dari pekan kundasang.. tapi disebabkan ianya berliku2 jadi rasa macam jauhnya.. uhuhuu... Kami makan malam di KFC pekan Kundasang dan kemudiannya terus balik semula ke resort utk berehat...

Resort tersebut siap dengan bfast.. mujurlah... hahaha.. So bangun pagi2 kami dah ke cafe utk bersarapan. Oleh sebab bilik kami teratas sekali lokasinya.. nak turun ke cafe dan naik semula ke bilik kami juga mencabar utk aku yg dah lama tak eksersaiz... huhu..

Ini waktu turun ke kafe.. turun oklah.. senang aje.. tapi pemandangan waktu turun memang cantik juga.. Lepas makan kami jalan2 area resort.. memang cantik dan luars mata memandang.. kami memang berada di kaki gunung kinabalu dan trekkers boleh memulakan pendakian ke gunung kinabalu dari sini.. ada trekknya..
Pemandangan dari area lobby celyn resot hotel.. memang cantik dan osem!!



Waktu nak balik ke bilik memang sengsara.. hahaha.. jenuh panjat tangga ke atas.. Hubby sempat ketip kuku lagi... tinggalkan kuku pulak dia depan resot!! Sampai bilik kami kemas2 dan bersiap2 nak ke pekan Kundasang semula utk jalan2.. dan meneruskan aktiviti. Kami check-out terus sebab nak berjalan terus ke Kundasang, Dairy Farm then terus ke KK sebab flight kami pukul 8 malam tu.

Kami sewa Proton Saga flx dengan hari Rm120 sehari.. Hubby ok je bawak kereta apa2 asalkan auto.. hahaha.. Dia kat kaki pergunungan sepanyol pun dah drive.. setakat pergunungan kinabalu tu tak delah susah sgt.. :P

Turun dari resort kami ke Pekan Kundasang.. hajat nak berli sayur mayur.. memang murah dan segar.. so aku beli asparagus.. dan mcm2 sayur lagi.. teringat kat NZ selalu makan asparagus.. suka sangat.. tapi mahal juga harga asparagus depa.. seikat RM15, so aku beli dua ikat, satu lagi utk mak mentua..





Memang bestlah jalan2 dalam pekan kundasang semata2 kerana sayur yang banyak. Ada kedai bunga juga.. geram nak beli bunga.. tp dok fikir camne nak bawak baik terus tak jadi :P

Dari Pekan Kundasang kami terus ke Dairy farm.. Tempat ni memang sesuai sgt utk budak2. Kebetulan kami pergi hari Ahad dan cuti umum jadi memang ramai orang.. parking pun susah.. tapi view dia sangat cantik la.. rasa macam di NZ jer.. huhu.. rindu nak balik NZ.

Dalam Dairy Farm tu memang adalah lembu2 dan kambing yg dipamerkan. Eryna macam berani tapi takut2 juga bila nak bagi susu kat lembu.. so Aliff sorang dan mommy lah yg kena bagi susu kpd si lembu :P





Dalam Dairy Farm juga ada jual aiskrim yang best.. satu aiskrim chocolat dan satu jenis lagi yoghurt aiskrim.. memula ingat aiskrim vanilla.. rupa2nya yogurt.. tp memang sedaplah.. hubby beli juga sebotol susu chocolate sgar.. rasanya pun enak (ehh.. macam promosi  pulak :P)

Bunga2 dalam Dairy Farm pun cantik-cantik..layan jela..

Aliff bagi susu kepada si lembu.. terketar2 juga tangannya.. :P


Lepas jalan2 dalam Dairy Farm.. kami pun keletihan.. so lepak kat luar Dairy Farm kejab sambil lain view yang cantik molek... Dari Dairy Farm kami decide nak balik terus ke KK.. sebab takut terlambat ke hape.. On the way tu tetiba Eryna nak ter..... so kami masuk ke bandar Tamparuli.. then kami decide nak solat jamak di Tamparuli dan makan tengahari di sana. Kami makan nasi ayam penyet kat satu restoran di situ.

 Menikmati nasi ayam penyet..

Masjid Tamparuli. Kami stop utk Jamak. Tak berapa ada org kat masjid. Mashid perlu ditutup pagar selalu ditakuti anjing2 liar masuk dan mengotori kawasan masjid.

Jambatan Tamparuli yang agak popular. Sempatlah kami meninajau dari dalam kereta. Agak lama jugalah kami di tamparuli ni. Meninjau bandar kecil di negeri Sabah. Dari Tamparuli kami terus ke KK. Perjalanan dari Kundasang ke KK lebih mudah sebab jalan menuruni bukit.. so perjalanan lebih cepat.

Oleh sebab waktu kami sampai masih awal so kami lepas sekejab di Oceanus Waterfront Mall. Parking kereta di situ then jalan kaki ke arah bandar KK untuk shopping2 last minit. Kami ke Jamilah, beli Pomade utk Aliff.. actually dah beli masa first day tapi ada pulak kawan aliff kirim lagi.. so beli lah lagi pomade dgn harga 2 for RM15... Kami jalan kaki ditepi2 gerai2 yang tak berapa nak halal di tepi2 jalan menghala ke bandar KK.

 Sambil tu sempatlah juga dengan selamba ambil gambar :P

Setelah selesai segalanya kami pun ke airport untuk menaiki flight jam 8 lebih.. Kereta sewa dihantar di airport, then kami solat jamak taqdim di airport.. lepak tak lama di airport terus naik flight. Sempatlah dinner di Terminal 1, Airport KK.  Naik je flight masing2 kepenatan dan tidur jer.. flight belum jalan pun dah terlena masing2.. maklumlah perjalan jauh sepanjang hari. Sampai di KLIA hubby cari grab car again dan kami pun terus balik ke Gombak...  Tambag grab dari KLIA2 ke Gombak adalah RM65 (diskaun)  berbanding masa pergi RM71.  Lupa pulak dari airport KK ke Celyn City Hotel pun hubby ambil grab car.. hanya RM8 dari aiport KK ke hotel... Biasa aku naik teksi RM30.. huhu.. tapi kalau sorang2 aku rasa aku naik teksi jugalah... tak berani :P

We had fun di KK dan Kundasang... dalam perjalanan balik berborak dengan hubby dan konon2 kami berdua merancang nak sewa kereta untuk travel berdua merentasi banjaran Crocker naik kereta... huhu.. moga2 menjadi perancangan ni.. :P


~mel
Where next??