Khamis, 6 November 2008

Interview..

Sebenarnya mcm aku tulis dlm entry before this.. aku nak cerita pengalaman tentang meng'interview' orang.. bukan pengalaman gi interview.. huhu..

Hari isnin lepas.. 3/11, aku telah dijemput oleh satu badan kerajaan di mana, insyaallah bulan januari depan aku akan dilantik secara rasminya menjadi personal consultant bagi salah satu projek badan tersebut. Projek tersebut membuka ruang pekerjaan utk 9 org IT facilitator yg akan ditempatkan di sekitar penang & perak. Oleh kerana aku skrg ni lebih kurang dh jadi mcm sebhgn dari ahli projek tersebut, mereka perlukan aku utk bersama2 utk interview IT facilitator tersebut. Actually b4 this mmg aku xde experience interview org.. pergi interview pun boleh dikira dgn jari.. huhu..

Masa aku sampai kat pejabat tenaga kerja butterworth, aku gabra jugak... huhu.. macam aku lak nak kena interview. Tapi bila tengok wakil grup projek tu dua org yg aku kenal dan biasa berhubung, aku jadi relaks la.. derang pun cool aje walaupun one of them is the deputy director utk badan tersebut. Before that derang dah cakap kat aku.. dalam interview tersebut aku kena tackle bhg teknikal ttg IT, derang akan tackle general punya bhg. Aku pun cakap okeyla.. huhu..

Okla.. actually bnyk pengalaman yg aku dapat dari menginterview org ni.. hari tu aku interview 27 org dan dari 27 tu 9 terpilih... dan ni mmg xde guna org dalam.. sebab aku yg memilih dgn persetujuan dua org peng-interviewer lain tu.

Bila jadi interviewer sebenarnya bg aku la.. kita akan terus dapat kenalpasti org yg menepati ciri2 yg kita kehendaki utk kerja tersebut. Jadi kiranya korang nak gi interview.. aku rasa yg kat bawah ni perlu ada kat nkorang...

  • Yakin - aku rasa ni paling penting... jawapan yg diterima tu sebenarnya amat memberi kesan pada interviewer. Sekiranya interviewer tanya u all satu soalan, contohnya.. anda tahu tak guna software adobe flash? Anda boleh jawab saya pernah guna tapi dah lama tak guna. Tapi u all perlu yakinkan interviewer bahawa anda boleh menggunakannya sekiranya diperlukan, dan anda yakin mampu menguasainya dengan mudah walaupun dah lama xguna. Keyakinan anda sudah cukup utk meyakinkan interviewer. Jangan jawab.. saya ada guna dulu-dulu, kalau perlu saya akan cuba belajar semula. Perkataan cuba akan menggagalkan anda. Anda mesti cakap, saya yakin saya boleh buat.
  • Appearance @ keterampilan - sebenarnya bagi aku ni tak berapa penting.. tapi dititikberatkan dengan berhemah. Jangan over sgt.. sgt selebet sgt. Cukuplah secara sederhana. Actually top listed dlm pemilihan interview hari tu.. no. 1.. seorang lelaki berbadan besar.. mmg kalau tengok dari appearance yg terkebawah. Tapi sebab dia yakin.. idea bernas.. dia tetap di atas walaupun yg hadir lepas2 dia cun2 & hansem2 belaka. So, kalau anda kurus sgt ke.. gemuk sgt ke.. pendek ke.. tinggi ke.. xpenting.. yg penting balik ke no. 1.. YAKIN!
  • Kelulusan - Memang perlu mengikut kriteria kerja. Tapi ada juga exemption. Kalau ada pengalaman dan sanggup belajar, serta menyatakan dengan yakin sanggup belajar.. insyaallah.. macam top list dlm interview tu.. dia cuma ada diploma.. appearance kurang.. tp.. keyakinan dia still buat dia no. 1.
  • Fleksible - yang ni penting jugak... anda yang di interview.. perlu fleksible.. jgn demand.. org tak suka.. yg penting tunjukkan ke'fleksibili'an anda, jgn takut2 untuk menyatakan anda mmg fleksible.. jgn mengada2 mintak itu ini.. dan jika nak negotiate ape2.. nyatakan secara berhemah. Apa2 pun yakinkan pihak berkenaan yg anda mcam pembaris plastik yang boleh di lentur sana sini.. tapi still menghasilkan garis lurus.
  • Jangan terlalu banyak cakap & jangan terlalu kurang cakap.. kalau terlalu banyak cakap interviewer akan boring, kalau tak bercakap dan tunggu soalan pun interviewer akan anggap u all tak minat... so, bila soalan ditanya, jawablah utk memuaskan hati interviewer, jgn satu soalan dijawab satu jawapan.. jawapan perlu ada huraian.. perlu ada support.. tp jgn lebih2.. yg penting menunjukkan kan anda pasti dengan jawapan anda. Yakin dgn jawapan bukan meleret2 dan jgn cuba utk kelentong interviwer... hhuhu..
  • hmm.. ape lagi ekk... yg penting yakinlaa... jgn nampak sgt gabra.. jgn over reacting..

Basically rasanya keyakinan tu amat penting.. jgn terlalu agresif masa interview.. dan jgn terlalu slow masa interview.. dua2 akan membawa impact negatif..

Actually masa dok interview tu mmg ada juga rasa kasihan.. ada yg dah lama grad.. tp kerja entah apa2.. but still tak boleh nak ambil bekerja utk projek ni sbb tak memenuhi kriteria di atas.. Sebenarnya apa2 pun mmg bergantung kepada yg dtg interview tu..

So.. sape2 yg nak gi interview.. yakinlah pada diri anda sendiri.. dan yang lain2 mcm kelulusan, appearance hanyalah sbg bantuan untuk mendapat kerja tersebut..



mel~~
rasanya nak bg keje kat hampir sume.. tp ada jugak rasa cam xnak bg keje langsung.. :P

2 ulasan:

  1. kalau ada kerja kat rumah, gaji ribu2 bitau kak wan ek

    hehe

    BalasPadam
  2. huhu.. sabor jer.. kalau ade mel interview diri mel dulu la..

    :P

    BalasPadam