Khamis, 6 November 2008

Lega...

Sepatutnya aku kena menghadiri kursus dari hari ni sampai 21hb.. aku tak berapa sihat dah 2hari dah.. tp sebab kursus ni wajib pagi2 kol 8 aku dah ke tempat kursus.. Sampai kat tempat kursus dgn member satu geng, sign kedatangan kitorang pun duduk.. tempat kursus tu dah la x selesa.. mcm dewan makan.. dan ada lebih kurang 60 org kat situ.. kira satu meja panjang ada 5 org.. pastu mcm berhimpit2 pulak..

Dah duduk tu.. pegawai bahagian latihan pun bglah pengenalan kursus.. tetiba telefon member aku si salmiza berbunyi.. pastu aku dok dgr apa dia ckp.. mcm ada org meninggal jer.. bila letak tefon aku tanya aa.. sape meninggal, dia cakap nenek dia meninggal... mcm mana ni.. mcam mana nak kuar kursus wajib nie.. aku cakap dia relaks.. jab lg mamat kat depan tu abis ckp gi la gitau dia yg kena balik kampung.. tengah mamat tu dok bercakap kat depan, tetiba dia cakap pasal pengecualian kursus.. aku pun dgr dengan khusyuknya.. manalah tau nasib aku baik kot2 boleh dpt exemption..huhu.. tetiba satu ayat dari mamat kat depan tu terus membuatkan aku pandang muka salmiza.. salmiza pandang muka aku... yeyyyy... kitorg sepatutnya exempted dari sebahagian besar dari kursus nie....

Aku cakap kat salmiza.. elok sgt.. aku dah ler xberapa sihat lg.. dan xlarat betul nak attend kursus ni.. dah ler kursus selama 12 hari.. Bila mamat tu abis je cakap dlm pkl 9, aku dan salmiza pun ape lg.. cepat2 pergi ekjar mamat tu.. org lain dlm dewan kursus tu mcm pandang kitorg semacam.. apehal lak minah dua org ni.. bila kitorg terangkan situasi kitorang pd mamat bhg latihan tu.. mamat tu cakap.. ok.. you berdua layak dpt exemption kecuali utk kursus khusus pd 20 & 21/11.. yg tu wajib dtg.. tapi biasala nak dpt exemption tu mesti ada surat2 yg berkenaan.. setelah berjanji akan hantar dokumen2 yg diperlukan secepat mungkin.. kitorang pun keluar dengan leganya... yess!! dari 12 hari kena pergi 2 hari jer... terasa amat lega sekali...

Anyway, takziah utk salmiza di atas pemergian nenek tersayang.. skrg ni dia dalam perjalanan balik ke perak.. hmm.. td sempat juga kami bercerita pasal diri kami berdua.. ada banyak persamaan dan kebetulan antara kitorg.. dari segi kerja kat usm ni (lantikan sama, gaji sama, dllg).. dan dari hal peribadi.. may be that's why kitorg mmg agak baik berdua.. lagipun sama2 baru kat sini.. opis pun selang sebilik je.. tapinyer yg kelakarnyer kitorang jarang2 boleh jumpa.. masing2 sibuk, dia bahagian sains (biologi) & aku bhg IT.. so bidang berbeza..jd kerja pun berbeza.. anyway.. take care yer salmiza...


Dah lega xyah gi kursus ni.. mulalah kepala tu ada macam2 plan utk meraikan kebebasan dari berkursus... huhu..


mel~~
nak balik klanggg.... nak balik klanggg... :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan