Khamis, 10 Februari 2011

Dilema sorg pensyarah..

Tadi after lunch and dah parking kereta, teringat pulak perlu ke kedai mahasiswa utk beli sesuatu yg amat penting... selalunya hubby akan stop by kedai tu and aku masuk jab beli brg, then balik school dgn kereta.. tapi tadi leka borak dgn hubby dlm kereta, terlupa aku nak suh dia benti kat kedai tu.. oleh sebab mende tu amat amat penting untuk dibeli hari ni jugak.. bila sampai parking aku cakap hubby aku akan menapak semula ke koop. Tak dela jauh sgt pun tp berpeluh jugakla dlm keadaan panas berdesing ni. Mujur lah on the way to sedang ada expo jual2 barang.. so xdela panas sgt sebab ada payung2 dan sempat meninjau2.. tp xbeli ape2 pun ya (perhatian utk mr hubby..hahaha).

On the way tu bila sampai dah dekat2 kedai tu tetiba dari jauh ada seorg gadis dah tersenyum lebar.. bila pandang muka dia.. mcm tak kenal.. adehhh.. sape la pulak ni.. bila sampai dekat.. Gadis tu berkata.. "Assalamualaikum Dr... " . Aku pun dgn senyum lebar & muka berseri2 (agaknya la kan) pun menjawab.. "Waalaikusalam.. dah lunch ke?". Gadis tu pun menjawab.. "baru lepas.." . Oleh sebab hanya berselisih.. aku meneruskan perjalan.. gadis tu pu teruskan perjalanan ke arah bertentangan. Dalam hati aku cakap... errr.. mmg aku tak cam gadis tu.. tp tentunya dia student aku kan?... Hihi.. yela tu agaknya..

itula dilema aku sbg seorg pensyarah.. haha.. Aku tak dapat nak kenal student aku.. setakat 10 org jer biasanya yg aku dpt kenal.. biasanya yg aktif2 tanya soklan.. dtg jumpa aku..dan biasanya cha ya.. yg melayu ni mmg jarang ler nak dtg jumpa kecuali sorang dua yg sgt3 hard working. Akus erba salah sebenarnya. kalau boleh nak kenal & cam semua student aku. Tapi kelas aku biasanya lebih dari 100 org dlm satu course.. bila masuk dewan kuliah, mmg tak nampak muka sgt.. cakap pun kena guna microfon.. bial tutorial pulak.. mmg ramai yg memenuhi lab komputer aku. kalau student 100 org.. satu sessi tutorial ada 50 org. Itupun aku suh derang bawak laptop sendiri dan duduk kat lantai jer.. guna wifi utk internet connection. Tutorial sejam manalah cukup utk nak tatap muka sorang2.. sedih kan.. tak dapat kenal student...huhu

Sebenarnya kalau aku observe guru2 pelatih kat sekolah yg tgh latihan mengajar.. aku mudah nak perhatikan kalau derang lupa nama student.. lepas tu aku biasanya cakap kat guru2 pelatih aku... "Sebagai seorg guru, kamu sepatutnya ingat semua nama pelajar yang ada dalam kelas yg kamu ajar.. supaya pelajar tak rasa tersisih sebab guru tak ingat nama...bla..blaa..blaa.." tapinya bila sampai tang aku (kira cikgula jugak aku ni kan)... aku tak ingat nama student aku.... waaaaaaaaaa... sedihnyaaaaaaa... huhu..

~mel
inilah dikatakan ketam mengajar anaknyer lompat katak.. last sendiri tergolek mcm katak!!

2 ulasan:

  1. huhu.. hanya manusia biasa.. nak kena jadi super tuh baru leh ingat suma.. hihi..

    BalasPadam
  2. btol ckp mama mirza tu..yana yg mengajar kelas ert tak ramai student pun payah nk ingat..huhuhu

    BalasPadam