Jumaat, 25 Februari 2011

Sekitar pilihanraya universiti

Pada 21/2/2011 telah berlangsung piliharaya kampus seluruh malaysia, kecuali UIAM. Bagi aku ini adalah kali kedua aku terlibat dgn prkampus, tapi pada tahun lepas aku hanya bertugas sebagai pengira undi. Tahun ini aku telah dilantik sebagai Pengurus Meja undi untuk desasiswa aku. Nak jadi cerita, pengurus Dewan Undi aku pulak ada meeting dari pagi sampai pukul 2 lebih baru dia muncul.. so aku bertindak sebagai pentadbir besar dewan tu la sebab semua keputusan aku kena buat.

Anyway.. kat bawah ni adalah gambar2 yg diambil semasa pilihanraya dijalankan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Bagi aku pengalaman menguruskan pilihanraya ini adalah sangat mencabar tetapi sangat bagus utk motivasi diri. Layan gambar2 di bawah yer.. sebab tak larat dah nak menaip.. :P


Pelajar beratur untuk mendapatkan kertas undi


Wartawan hanya dibenarkan ambil gambar dari luar

Waktu untuk membuang undi


peti warna kuning adalah untuk calon pusat pengajian


Petugas-petugas pendafttaran.. gabra aku kejab sebab 4 petugas tak hadir pada mulanya.. rupa2nya mereka salah pusat pengundian..



Peti Undi dikunci untuk dihantar ke tempat pengiraan undi. Wakil calon perlu jadi pemerhati untuk proses ini.

Peti Undi UMUM aka PARLIMEN


Mulut peti undi juga perlu di 'seal' utk menjamin ketelusan pilihanraya.

Aku sebenarnya enjoy dengan tugas2 semasa piliharaya tu. Disebelah malam aku menjadi pengerusi meja pengiraan undi dan alhamdulillah juga sebab semuanya berjalan lancar.


~mel

1 ulasan: