Jumaat, 10 April 2009

kawan atau sahabat..


Semalam aku agak bengang..  aku jumpa student aku copy kerja org lagi utk assignment derang..
Actually aku rasa penat bila jumpa mende2 mcm ni.. sebab kena fikir apa nak buat.. So smlm aku call student dua org ni.. perempuan.. assignment group dua org.. aku tunggu pukul 1 tak dtg.. dah geram aku ni.. last2 aku call derang ckp on the way.. 

Bila sampai aku tanya derang.. tau tak kenapa aku panggil.. sorang terpinga2.. sorang tersipu2.. tapi cakap tak tau.. aku tunjukkan assigment derang dgn artikel yg derang tiru.. yg tersipu2 tu terus jawab sy yg buat tu.. dia tak de kena mengena.. Assignment tu mmg tiru sebijik2 dari artikel tu.. yg tersipu2 tu cakap.. tak pelah dr. biar saja je terima hukuman.. sbb sy yg buat.. bglah kawan sy lepas.. Tetiba kawan dia cakap... eh mana boleh.. kita satu group.. kena sama2 lah terima akibat dari perbuatan ni.. Pastu minah ni pandang aku dan cakap.. Dr. apa yg kitorg boleh buat utk betulkan kesilapan kami ni.. Saya sanggup buat lain hari ni jugak.. 


Kawan dia yg buat salah tu dah meleleh (ni yg aku tensen sbb aku ni sensitif terlebih)..  Aku cakap kat minah tu.. hmm.. sy tak boleh nk bg awak buat lain sbb next week dah exam, so xde cara dah utk perbaiki.. lagipun kamu berdua patutnya kena masuk akademik board dan gagal subjek ni..  Yang minah bersalah dah tensen abis, ckp Dr. hukumlah sy jgn hukum kawan sy, tp sy tak sanggup kena repeat paper.. tinggal lagi satu semester jer..  Kawan dia tu pun cakap.. sy tak kisah Dr. nak suh kami buat apa saja, bg C pun tak pe, sy sanggup terima dapat C sebab kami berkumpulan, sy sanggup terima sama2 dgn kawan sy.


As a human being, aku menilai kedua2 student aku ni dari dua sudut, academically dan psikologi. Academically aku sbnrnya mmg geram mende ni berlaku sbb dah bnyk kali aku tekankan, no plagiarism! Psikologically aku melihat student yg tak buat salah tu as a good person sebab dia tak pentingkan diri sendiri. Ada rasa tanggungjawab terhadap kumpulan. Yang buat salah tu macam terpaksa mengaku salah dan atas rasa bersalah minta dihukum sendirian..

hmm.. pening aku nak buat keputusan td.. but at the end.. aku terpaksa bg penalti for both.. cuma kadar penalti tu berbeza.. 

Cuma aku sedikit sebanyak respek kat minah yg tidak bersalah tu.. automatik dia standup utk group dia, sanggup terima tindakan.. kalau aku nak cari sahabat.. i think that's the friend that i would choose... apa anda rasa?


~mel
agak touchy..

4 ulasan:

  1. plagiat kan atau nama lainnya?
    ingat2 lupa coz dlu sejam lec bising psl tiru mniru, copy paste assignment +.+

    BalasPadam
  2. yup plagiat.. jgn ler cuba2 try..huhu.. jenuh nanti.. :P

    BalasPadam
  3. abis bg mark mcm mana?

    BalasPadam
  4. mula tnya minah yg xbersalah apa yg dia rasa.. dia ckp dia sanggup terima tnggjwb dpt C pun xpe as long as xfail & repeat subjek..

    so sbb dia sanggup & brtanggjwb sy bg penalti berlainan utk dua2.. yg bersalah dpt C & tak bersalah dpt B utk coursework. Nak kasi naik markah kena pulun time exam (50% lg). btw, keseluruhan kelas paling rendah dpt B+ utk coursework, kira derang berdua paling rendah.. suppose minah xbersalah tu dpt A-...

    BalasPadam