Perasan tak harga bawang mmg naik mendadak sejak akhir2 ni.. tensen dibuatnya.. Kalau dulu time masak mewah dgn bawang, skg berjimat cermat jer.. selalu bila masak aku guna bwg besar. Sebab? Senang nk kupas & murah & senang potong dllg.. Tapi bila bwg besar naik dekat RM5 sekg.. aku belila bawang kecil.. walaupun harga lebih kurang sama tp bila beli bwg kecil ni (omputih panggil shallots), aku guna 2 ulas jer sekali masak.. huhu kira abis kedekut la tu.. jd lambatla habis bwg tu..
Tapikan.. smlm gi Giant, tgk harga bwg kecil ni dh naik RM10 sekg.. gilo ke apo?? So terfikir agaknya pas ni aku masak guna seulas je ke bwg kecil.. or back to bwg besar.. tpnya yg paling sakit hati.. bwg besar yg dekat RM5 sekg tu bukannya elok pun!! Daun bwg semua dah keluar.. Nmpknya pas ni aku kena rikuess hubby tanam pokok bwg la pulak!!
~mel
Ahad, 30 Januari 2011
Bawang..
Projek Hujung Minggu..
Time kat rumah aku buar 2 projek.. Kenapa dua projek.. sebab eryna laa.. Bila eryna dok mai2 dlm exersaucer di ruang tamu, aku menjahit baju kurung Phg yg kainnya aku beli kat Kelantan dulu.. Bila eryna dok tidur dlm bilik aku ikut dalam bilik sambil menjahit manik. So dua projek dlm satu masa.. hihi..
Ni dia.. akhirnya siap baju kurung Pahang kain Viscose ni.. sebab aku beli kainnya murah.. just RM25, so tak tergamak nak hntr baju kat tukang jahit di Bukit Jambul yg tempahannya berharga RM65. Haha.. mahal tempah dari kain.. so.. slow2 aku jahit sendiri.. alhamdulillah dah siap.. dah sempat basuh tadi.. esok bolehlah pakai gi ofis.. :)
Ni pulak projek jahit manik kat baju plain aku.. baju dah lama so aku amik inisiatif jahit manik..utk mencantikkan dan meanmbah seri baju aku tu... huhu.. harap2 naik la serinya.. tapi lom siap lagila.. next week sambung.. kat leher dah banyak tmbuh bunga nyaa.. kat lengan tak sempat lagi..
Itula projek ujung minggu aku.. hihi.. ada lagi satu projek nak kait baju sejuk eryna.. tapi nak tunggu balik KL utk beli benang kaitnya... kat sini mcm xde choice sgt... kebetulan ujung minggu ni nak balik KL so dah pujuk2 hubby nak gi cari brg2 jahitan aku kat sana... dan hubby dah angguk kepala... :)
~mel
mcm xcaya esok dah kerja..
Khamis, 27 Januari 2011
Thanks Mummy Meera aka @AzieFauzi_KL
Anyway.. aku ada beberapa barang utk dihadiahkan kepada kawan2... ada set (3) crosstich sarung kusyen.. dan pelbagai stationery yg datangnya dari new zealand.. Nak wat give away macam tak berapa minat sbb aku xminat nak join give away.. especially yg perlu back link pada GA tersebut & buat entry.. bukan ape.. sbb blog aku ni lebih kepada blog personal..mmg xde nak link2 except for link kat tepi kanan tu haa... So may be lepas aku free sket.. aku akan buat satu entri yg just nak minta kawan2 komen ttg blog ni... macam yg aku buat utk Planner yg aku berikan pada 2 org rakan fb pada awal tahun hari tu... Insyaallah.. next post will be that one..
Lastly.. Thanks again mummy meera... susah2 jer.. and million & zillion thanks sebab ingat kami yg jauh di utara ni...
~mel
Tudung Syria..
Aku start try tudung syria bila aku dapat gift 2 helai tudung syria dari seorg penjual online. Before that mmg takut nak beli sbb takut tak pakai.. tp bila dah org bagi aku pakaila.. Dan bilapakai rasa selesa.. muka pun takde la nampak weird ke ape.. nampak ok jer.. so since then aku berjinak sedikit demi sedikit pakai tudung syria ni...
Tapi kenapa aku suka pakai tudung syria ni? Ada dua perkara utama:
- Mudah dipakai sebab biasanya ianya ngam2 dgn bentuk muka aku.. kalau terbesar sikit boleh tarik kebelakang.. meaning that aku tak perlu pakai brooch pun boleh pakai dah tudung ni & terus terletak kat kepala. Dengan adanya baby Eryna skrg mmg masa utk bersiap tu perlu disingkatkan, kalau pakai tudung bawal.. mmg selalu problem.. kat 'jambul' kemek la.. kedut laa.. dana macam2... dan bila pakai tudung awning pulak, kadanh awkning bila tak digosok dgn betul mmg nampak macam 'slebet' jer.. So, tudung syria ni senang, dlm masa 15 saat jer siap.. pakai inner, sarung outer... dah siap.. sgt mudah... kalau nak melawa sikit baru ler letak brooch kat mana2.. kalau tak tak yah letak brooch pun kat mana2..
- Mudah nak bawa smayang... Biasanya waktu zohor mmg solat di ofis.. ambil air sembayhyang di bilik air yg berhampiran.. kalau pakai tudung bawal mmg susah nak menggayakan semula lepas amik air smayang.. kalau pakai tudung awning agak mudah.. kalau pakai tudungsyria pun mudah juga... tapi bila aku dah pakai semula tudung pas amik air smayang, bagi aku, malas nak dah bukak balik even di ofis sendiri yg aku sorang jer penghuninya.. tapi bila pakai tudung awning.. mmg sah kena bukak dan pakai telekung sahaja sbb bila sujud kang awning tu akan 'menikam' kat sejadah dan dahi tak sampai ke sejadah... haiyyaa.. sgt susah.. kalau pakai tudung bawal aku belasah jer walaupun nnt akan kedut sikit kat jambul dia after kita lepas solat.. bila pakai syria ni mmg senang.. mudah tak yah nak tanggal.. sbnrnya lagi selesa nak solat sbb boleh jadi 'perisai' utk rambut kot2 ada yg teringin dan keluar dari telekung + tak yah pakai anak tudung (aku mmg tak suka pakai anak tudung..) So, senang kan!
~mel
selamat 'bersyria'..
Selasa, 25 Januari 2011
Tidur anakku sayang...
Tapi since dah besar dan lasak ni.. perlu hati2.. satu kot dari hujung ke hujung eryna dah mengembara.. hihi... Tapi setelah penat mengembara.. eryna akan terlentuk tidur dgn amannya..
Tidur ya anakku syg.. sayang mommy & sayang papa..
~mel
Gud Night friends...
Ahad, 23 Januari 2011
bbq...
Weekend ni dihabiskan dgn berbengkel di Swiss Garden Hotel, Damai Laut.. aku yg terpaksa berbengkel & hubby dtg sekali menemankan di sana.. Mlm smlm acara kemuncak bengkel mcm biasa adalah dinner bbq special di The Bayam.. Lokasinya tepi laut.. dgn angin sepoi2 bahasa.. Best jugak walau ramai org.. Oleh sbb kami dtg awal, mmg penuh pinggan dgn daging bakar, ayam, kambing, udang dllg yg semuanya bakar2 belaka..
Yang paling best.. dinner tu diiringi Band Gitar Tradisi Filipino yg sgt best.. ala2 gitar mexico gitu.. and paling2 best aku dpt rekuess mereka utk nyanyikan lagu "Happy Birthday" utk suami tercinta yg besdaynya pun hari semalam (22 Januari) rasa sgt meriah plus staf2 lain pun sama bertepuk tgn mengiringi nyanyian tu.. cuma syg xdpt ambil gambar coz aku tgh dok dukung eryna yg sama2 mnghayati lagu tu..
Apa2 pun selamat ulangtahun suamiku tercinta.. semoga peningkatan umur meningkatkan kematangan dan ketaqwaan dlm menunaikan tanggungjawab kpd Allah.. dan semoga terus menjadi pemimpin yg membawa keluarga kita ke jalan yg diredhai Allah.. I Love U.. :)
~mel
Sama..
Aku dan Salmiza ada bnyk persamaan.. dari waktu aku mula bertugas di USM, dia adalah salah seorg yg terawal aku kenal.. Waktu aku belum dpt PhD.. dia pun sama sdg menunggu.. kebetulan bila dia komfem dpt PhD.. aku pun sama.. Time mula2 kami dpt jwtn sementara DS45.. tarikh tawaran jwtn sama.. gaji of course sama.. Bila kami nk dioffer jwtn tetap.. tiba2 kluar skim DS51.. yg gajinya jauh lebih lumayan dr DS45.. so bila dpt offer dgn syarat trpaksa letak jwtn DS45 & pkhidmatan kami selama beberapa bulan xdikira.. kami pun buat decision yg sama.. terima.. so tarikh lantik kami sama..1/8/2008..so bila induksi, kursus BM (kt usm wajib lecturer ambik kursus BM), kursus pnp.. kami mmg ambil sama2.. bila pngesahan jwtn pun sama.. 1/9/2010..
Kami selalu bercerita antara satu sama lain, dulu b4 aku kawen bnyk kami kongsi cerita suka duka masing2.. bnyk gak dia support aku.. aku support dia..kisah hidup kami sbnrnya juga ada persamaan..
Cuma sejak akhir2 ni kami susah nk jumpa.. masing2 sibuk.. dulu selalu gak lunch sama2.. tp skg sbb dia ada komitmen sendiri dan hubby aku kerja satu school & lunch aku biasanya dgb hubby.. so mcm lama xbercerita antara satu sama lain.. wlupun ofis aku dan dia cuma selang 2 pintu jer..
Kebetulan hjg minggu ni school kami ada Bengkel di Swiss Garden Lumut.. tadi baru brkesempatan duduk bersama.. borak2 smbil brbengkel..
Dan tiba2 kami sama2 terperasan.. ehh.. jam kita samalah.. sebijik sama cuma warna kt dlm jam aku hitam.. dia punya biru tua.. jenama Seiko.. hihi.. bnyk betul persamaan.. gelak kami dibuatnya..
By the way, jam aku tu adalah jam hantaran pemberian hubby.. ingat lg jam tu dibeli masa rehat sewaktu kursus kawen di Komtar.. hubby pilih jenama Seiko sbb katanya kalau nk beli jam yg bagus kena beli jam yg jenama jam jugak.. klu jenama bukan jam mcm Guess ke.. xberapa bagus... hihi.. ikut je la kan :P
Anyway.. kt atas tu tgn aku & salmiza.. td tunjuk kat hubby gambar ni.. dia pun xsangka lg satu tu tgn salmiza..hihi
~mel
Rabu, 19 Januari 2011
Arah Qiblat..
Arah qiblat yg diperolehi dari application iPray di iPhone.. tingin nk develop satu apps cenggini la.. tp xreti.. huhu.. tp rasa nk wat jugak.. sape leh tolong??:P
Spot Check!!
Kami bergerak ke bilik student china tu.. sampai2 kat bilik tu pintu terbukak dan ada sorang student china sdg tido.. Puas aku kejut.. tak bangun2.. Tetiba ada sorang perempuan dtg.. xde la tua.. rupa2nya itulah MAK budak ni.. bila aku speaking dgn dia, dia blur!! Alahai.. tak reti ckp English rupanya.. yg si anak ni walau puas dikejut tak bangun2. So aku ketuk bilik sebelah, ada 2 student China yg fasih berbahasa Inggeris. So aku mintak derang jadi translator. Mengikut student ni mmg MAK dia ni duk sekali since beberapa lama dah hingga roommate dia lari & apply utk dok bilik lain..
Bila aku tanya mak dia (secara translate).. mak dia cakap dia dok hotel dan dtg sbb anak dia sakit. Tapi budak2 yg translate kat aku tu cakap.. mmg mak dia dok sini.. tak de nye dok kat hotel. Derang mmg xpernah bercakap dgn budak tu pasal mak dia jadi 'perisai' yg halang derang dari berkomunikasi dgn anak dia...punyala teruk.. pastu aku cakap yg aku perlu saman anak dia dan dia kena keluar dari hostel serta merta.. Fuhhh.. terus dia mengamuk.. Aku pun dah takut sebenarnya (tapi buat2 cool jer la)..haha.. dia ckp dia tak nak bayar dan tak nak keluar.. aku cakap pulak..ok..kalau dia tak nak keluar aku akan panggil Security... bila dgr panggil Security baru dia nampak gabra. PAstu bg alasan anak dia sakit la, nnt kalau tghmalam sakit camne la.. bla.. bla.. Aku cakap kalau anak dia sakit, aku yg akan bawak pi hospital.. even budak2 tukang translate ni pun cakap, kalau anak dia sakit takkan la derang nak biar.. budak2 translate ni siap berapi2 cuba nak terangkan pd mak budak ni yg dia tak boleh duduk kat hostel ni sekali dgn anak dia!!
Bila aku insists on dia kena keluar jugak mlm td dari hostel.. dia pun siap2 amik beg & pakai kasut.. tapi dengan muka tensen. Pastu dia meraung, menangis meleleh2 airmata.. adehhh.. last2 aku cakap.. ok mlm td dia boleh stay kat bilik tu tp by 7am pagi dia kena keluar dan aku xnak tgk dia ada kat
Aku pun xfaham mak ayah yg macam ni.. mmg kita sygkan anak kita.. kan but apa2 pun perlu ada limit tentang sejauhmana kita perlu bersama anak2 kita.. dan paling penting.. kita kena selalu ingat (sebagai org Islam).. anak, suami, isteri, keluarga tu semua hanya pinjaman utk kita semata2.. walau bagaimana sygnya kita pada mereka, mereka adalah hak Allah.. Tapi tulah mmg sukar nak buat kan.. tapi setakat suh anak pi belajar dan tak sanggup nak tinggalkan tu patutnya tak berlaku la kan..
Anyway, pagi ni aku mintak org pejabat check & xde dah mak budak tu dlm bilik.. tp nnt mlm aku ingat aku nak gi check semula..
Yg lagi satu spot check tu biasa jer la.. mmg student tu bawak student luar dok bilik.. aku bagi saman.. dan pagi ni suh dia bayar saman..huhu
Harap xdelah kes yg susah2 nak settle lagi..huhu.. poning kepala den...
~mel
Selasa, 18 Januari 2011
Kawan-kawan…
Sejak akhir-akhirnya facebook jadi tempat perjumpaan dengan kawan2 lama.. tak kira dari sekolah rendah atau sekolah rendah.. Bagi aku kalau sekolah menengah tu tak de la lost contact sgt sebab masing-masing masih hubung menghubungi antara satu sama lain walaupun dah masuk university atau bekerja.. tp ada juga yg terlost contact, so bila dpt tau kehidupan masing2 mcm teruja jugak mendengarnya.. huhu
Cuma yg agak fascinating bila terjumpa kembali dengan kawan2 sekolah rendah .. Aku ni mmg seorg yg kuat ingatan.. so kebanyakan kawan walaupun bukan sekelas mmg aku ingat.. rupa pun aku still leh imajin..huhu.. Anyway.. bila skrg ni aku dah jadi pendidik kepada bakal pendidik.. aku banyak kurang setuju dgn system pendidikan Malaysia yg lebih kepada ‘exam oriented’. Dan bila aku fikir2kan.. bila dah jumpa kawan2 lama ni.. mmg system ‘exam oriented’ ni sebenarnya hnya membebankan pelajar dan yg paling utama pelajar yg dapat no. 1 atau berada kat kelas A dulu masa sekolah tak semestinya masuk university dan tak semestinya jadi org berjaya kerja best-best skrg ni.. Yang dulu2 tu exam power2.. last2 kerja biasa2 jer..
Lepas tu, bila time sekolah bnyk melakukan perkara2 sebab terpengaruh dgn kawan2.. dgn paksaan peraturaan sekolah, skrg ni semuanya dah hilang.. dan bila tengok perangai masing2 masa kat sekolah dulu.. tak sangka betul skrg ni berubah sgt2.. huhu
Contoh2 yg aku dpt tgk sekarang:
- 1. Yang masuk sekolah asrama penuh ternama, skrg kerjanya cabuk jer..
- 2. Yang tak berapa nak pas SPM atau dok kat kelas ujung2.. skrg ni jadi org besar2, berjaya, terhormat…
- 3. Yang dulu pendiam, skrg ni hidup penuh glamer… perghh.. tak sangka betul
- 4. Yang dulunya bising, ganass dan selalu buat havoc.. skrg ni mcm org insaf pun ade.. hhuhu
- 5. Yang dulunya bertudung litup dan pakai stoking hitam setiap masa + selalu tegur aku sbb tudung kejab on kejab off sekarang ni pakai tudung invisible..
- 6. Yang dulu kaki sukan.. skrg ni kus semangat.. boleh tahan badannya… hihi
- 7. Yang kaki jiwang… tp skrg belum bertemu jodoh…
- 8. Yang dulu Nampak mcm tak berapa nak bertanggungjawab.. sekarang ni alhamdulillah.. Nampak la perubahan yg ketara
- 9. Yang dulunya pemalu.. skrg dah join program
MLMaffiliate (betul ke eja ni).. pastu status fb berkobar2 tentang ingin mengubah nasib.. hihi.. tetiba aku rasa pelik lak.. :P - 10. Yang dulunya agak sombong.. sekarang ni Alhamdulillah.. mmg baik2 sgt…
Anyway, apa2 pun pengalaman hidup banyak mengubah diri kita kan.. Yang penting pengalaman2 itulah yg menjadikan siapa kita sekarang… Dan yg penting.. my best friend masih kawanku yg terbaik.. :)
~mel
Isnin, 17 Januari 2011
Inspirasi..
Walaubagaimanapun.. biasanya pada semester 2 ni akan ada observation latihan mengajar.. Semester ni aku dapat 2 buah sekolah di tgh2 bandar Pulau Pinang dgn 6 org guru pelatih utk di observe. Actually hari tu aku mintak nak ke sekolah2 kampung di area Sg Ara & Balik Pulau.. Entah mcm mana tetiba dapat kat tgh bandar pulak.. tak pe la.. mana2 pun ok asalkan dekat.. Masih aku ingat masa mula2 aku jadi lecturer kat sini.. maklumla lecturer baru.. aku kena observe kat area Kulim.. bukan tgh bandar Kulim..tp nunnnnnn di ceruk 30km++ jauh ke dalam kampung2.. kalau hujan lalu banjir lah.. memang keluar pukul 6.30pg dari usm pun aku tak boleh sampai utk observe kelas waktu pertama.. haha..
Selain dari mengajar & observe LM.. kena wat research.. which skrg agak slow sbb grant aku tak apporve :(.. waaa..sedih betul.. walaubagaimanapun writings utk research ada banyak.. cuma asyik terbengkalai jer sbb xde inspirasilah tu.. (konon2nya).. Kalau org yg study master @ phd mmg taula.. betapa sukarnya nak menulis & mencari inspirasi.. haha.. asyik terlanggar dinding jer..
Selain dari mende2 kat atas.. aku adalah org yg manage e-learning utk school aku.. so kalau lecturer2 lain ada problem & perlukan bantuan terpaksalah bg tutorial 1 to 1 utk derang.. err.. susah jugak mende ni sbb sometimes lecturer2 senior ni tak berapa tau guna2 tools yg aku atau org yg dok ngadap pc 24jam rasa sgt mudah... errr.. bayangkan je la..
Okla.. stop dulu coz nak develop satu webpage utk Conference yg akan dianjurkan oleh School aku pada bulan September nanti... cheeraaaa...
~mel
Ahad, 16 Januari 2011
Sepit..
Hari ini eryna pakai sepit rambut..
Sepit ini auntie naini bagi..
Tapi rambut eryna jarang2..
Bila pakai sepit nmpk sampai dalam..
hihi..
Good Morning from Pelita Nasi Kandar, Sg Dua, Penang..
~mel
Sabtu, 15 Januari 2011
Exersaucer..
Dah lama aku mencari Exersaucer ni utk Eryna.. Bila jumpa selalunya dah sold.. mmg frust!! Mula2 aku cari gak yg baru tp harganya sampai 5-6 ratus..mcm xbrbaloi pulak nk beli baru. Aku mmg suka exersaucer ni.. kt luarnegara mmg meluas digunakan utk baby mende ni.. tp kt Malaysia xbnyk, org lebih suka guna walker.. tp aku xsuka sgt walker coz aku rasa bahaya.. Bandingkan dgn exersaucer ni aku rasa lebih secure..
Exersaucer ni aku beli dr sebuah blog jual brg2 baby 2nd hand. Mmg aku follow blog tu semata2 cari exersaucer ni. Harganya RM100 include postage. Mmg bg aku agak murah sbb b4 this time aku cari yg aku jumpa semua harganya RM200++. Yang kelakarnya kecoh satu ofis pejabat Desa aku bila mende ni sampai.. sbb mendenya besar dan ianya dibalut sgn plastik.. haha.. jd semua org dpt tgk isi dlm plastik tu..
Anyway.. nampak gaya eryna cam suka dok dlm exersaucer ni.. sambil main2 toys + tgk cermin.. hihi...Sebelum guna hubby dh basuh bersih2 semua bhgian.. tmpt duduk kain tu aku masuk washing machine jer... :P
~mel
nnt klu eryna xpakai dah.. jual pulak laa..:P
manis..
Hihi.. kalau org nk kata.. asyik2 gambar eryna.. asyik2 gambar eryna.. macam dia sorang ada anak.. aku akan jawab.. ehh.. aku punya pasal la.. kan.. Bagi aku setiap ibu akan merasakan betapa comelnya anak sendiri.. biarpun org lain cakap.. elehh!! macamla comel sgt anak dia tu.. Haha.. apa aku kisah..yg penting sicomel inilah penyeri hidup kami, penawar duka, pengubat lara dan yg penting membawa bahagia dlm keluarga..
~mel
Khamis, 13 Januari 2011
Tudung Aladdin...
Skrg ni aku mmg suka pakai syria sebab aku rasa paling senang nak pakai.. tak payah guna brooch terus jer sarung.. ngam!! Smlm bila aku pakai tudung syria gi kerja tetiba hubby tunjuk kat inner syria tu.. dan tanya.."Knp tak letak sepit kat sini??" Aku cakap "hah??". Dalam hati aku ni mesti hubby ku menyindir ni. Kang aku pinjam sepit rambut Eryna letak kat tudung aku baru dia tau!! Hahaha.. Sebab before this mmg dia ada sound aku.. lebih kurang cam ni dia ckp.. "pensyarah mestila tunjuk maturity sket dlm berpakaian" huhu... aku cakap.. err.. aku ni pensyarah yg ikut trend (konon2nya2).. haha..
So.. hari ni aku pakai tudung syria yg aku namakan "Tudung Aladdin" ni.. Actually dh lama aku beli tudung ni.. tapi tak pernah pakai disebabkan innernya yg mcm topi aladdin aku rasa.. masa aku beli tu aku fikir.. kalau inner tu cam tak sesuai dgn aku, aku pakai jer la inner lain.. hihi.. Tadi before aku pakai aku tayang dulu kat hubby.. hehe... So kat bawah ni aku kat ofis hari ni.. bila aku pakai macam ni ramai pulak dtg ofis cari aku.. jumpa dgn lecturer2 lain.. haha.. adalah rasa segan sket.. sebab rasa cam budak2 pulakss.. tapi apa2 pun cam ok jer aku pakai.. :P
Rabu, 12 Januari 2011
Lamaze Socks..
Since eryna dpt hadiah Lamaze toys dari my colleague.. aku & hubby too (i think) berminat dgn toys keluaran lamaze ni. Harganya agak mahal berbanding toys biasa but aku dpti toysnya menawan hati aku. So td baru dpt Lamaze Socks yg aku beli online.. nmpknya Eryna suka main dgn socks barunya yg ada 'bee' di hujungnya. Kebetulan ptg td bawak eryna cucuk Hep. B.. so balik dr klinik aku terus balik rumah dgn eryna.. Hubbyku dgn dedikasinya terus ke ofis semula...huhu..
Nampaknya eryna suka main socks dia.. ada lg satu yg ku order iaitu wrists rattle.. tp sygnya xsampai lg sbb penjual online tu ter overlook wrists rattle tu.. dan xhantar.. hmm.. actually bengang gak td.. tp sabar jer la coz dia ckp hntr on Friday.. jwbnya mnggu dpnla pulak smpi...
~mel
eryna tgh ajak tidooooo..
Selasa, 11 Januari 2011
Hampesss..
Hahh!! tax lg.. apokobondonya ni?? Tak habis2 dgn tax.. rasa makin susah dok kat Malaysia ni.. inilah dia tanah tumpah darah kita.. xfaham kenapa makin hari rakyat makin diutamakan.. terutamanya dlm bab2 cukai2 ni..
Ahad, 9 Januari 2011
Angin segar..
Live blogging dari pantai Bayan Mutiara.. td after lepas menikmati moist choc cake hubby ajak gi jln2 pantai.. so here we are kt tepi pantai.. suasana agak best ptg ni coz air pasang jd air mencecah ke pantai.. bunyi air sgt mengasyikkan..
~mel
Sabtu, 8 Januari 2011
Aksi Eryna menonggeng..
~mel
penat berjogging hari ni..
Jumaat, 7 Januari 2011
Brooch Korea dari Siti....
Anyway bila aku ambil bungkusan tu..tgk nama mcm xberapa cam.. last2 baru teringat.. ehh.. eh..dari sitishorty rupanya.. susah2 dia hantar brooch yg dibelinya di Korea tu.. yupp.. brooch ni mmg dari Korea.. best betul.. Sorry ler gambar blur skit.. huhu.. maklumla amik atas meja ofis..
Actually aku kenal siti dari blogger.. dan dia memang seorang yg peramah.. dan paling tak sangka waktu kenduri kawen aku di Gombak.. siti & partner in love~crime dia dtg (jgn marah :P). Memang waktu tu terkejut.. tapi suka sgt..
Thanks again Siti.. Gud Luck.. & Take Care..
~mel
Khamis, 6 Januari 2011
Masak botol..
Bukan masak tp sterelised botol2 eryna.. Stereliser xde so guna air mendidih aje.. Aku kan 100% tak breastfeed.. frust tu hanya Allah yg tahu.. actually sedikit sebanyak rasa cam aku ibu yg gagal.. ;'(...
Selasa, 4 Januari 2011
Gift dari Auntie Naini..
Actually mommy pun xpernah jumpa auntie naini.. tau nama dan rupa saja (tgk gambar).. nnt kalau ada peluang nak jumpe jugak auntie naini.. hihi.. kalau dia lari kita nak kejar.. :P
Anyway.. Thanks again kat Naini.. dan juga kawan2 yg bagi gift kat eryna.. Love u all soo much!!
~mel
Ada lg satu hadiah utk eryna dari kelab sosial kat sini yg belum sempat ambik dari kereta member..huhu..
Ahad, 2 Januari 2011
Quilt for eryna
Anyway..salah satu mende yg aku teringin sangat nak buat adalah quilt tampal2 selimut utk eryna.. dah lama sangat nak try buat..So, memandangkan cuti panjang minggu ni, so aku luangkan masa utk buat quilt ni.. Actually susah nak buat quilt ni rupanyer.. dimension kena tepat.. jahit pun kena ikut dimension.. dllg.. quilt yg aku buat ni adalah design yg paling simple.. maklumler first time kan.. tengah2 buat bukak balik laa.. jahit tersengetla.. depan ok belakang kedut laa.. Mr. Hubby mmg sentiasa bagi semangat.. bila aku cakap macam tak jadi jer.. dia cakap.. okla tu..quilt mmg camtu.. naik balik semangat aku..huhu..
So.. kat bawah ni hasil quilting aku hujung minggu ni.. xdelah cantik sgt.. for me okla utk percubaan pertama.. insyaallah ada masa.. aku try lagi..yg penting jgn putus asa kan...
~mel
what's next??