Khamis, 31 Disember 2009
2009..
selamat tinggal 2009... aku mengharapkan moga 2010 akan membawa suatu kehidupan yang harmoni dan bahagiakan utk aku, suami dan keluarga ku... Banyak yang aku lalui pada tahun 2009 dan tahun-tahun sebelumnya.. kalau boleh aku nak buang jauh2 segala yg keruh, segala yg mengundang sengsara dan aku mengharapkan sinar baru yg tidak berkesudahan...
Pada tahun 2009 aku kehilangan insan tersayang.. mak pergi selama-lamanya.. tapi Allah mengurniakan aku seorang insan buat menemani hidupku.. alhamdulillah.. aku bersyukur kerana kehilangan diganti kebahagiaan.. Moga berkekalan hinggan ke akhir hayat ini...
~mel
Rabu, 30 Disember 2009
Selasa, 29 Disember 2009
rindu mak..
Dah beberapa bulan mak pergi.. tapi terkadang rindu pada mak tak dapat dibendung.. bila teringat rasa sayu sangat.. Raya puasa, raya haji telah pun berlalu.. kami lalui tanpa mak di sisi.. Sememangnya rasa agak pelik beraya sesama kami semata-mata tapi apa kan daya..
Mak..
Tahun Baru Hijrah dah bermula.. Anak2 mak juga hampir semua dah berjaya dalam hidup.. Masing2 telah nampak arah masa hadapan.. Alhamdulillah.. Tentu mak bangga dengan apa yg anak-anak mak telah capai.. Apa2 pun mak.. walau di mana kami berada, rindu pada mak tetap mendalam..
Mak..
Doa dari anakmu ini.. semoga mak aman di sana.. semoga Allah melimpahi rahmat ke atas roh mak.. semoga mak ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yg dikasihi dan disayangiNYA.. Hanya doa yg mampu anakmu hulurkan buat mak.. Semoga sejahtera di sana...
Akhirkata mak.. Terima kasih kerana merestui pilihan anakmu ini sebelum mak pergi.. Alhamdulillah restu dari mak menguatkan kebahagian kami.. Syukur padaMU Ya Allah...
Isnin, 28 Disember 2009
love this..
P/s pandai betul org yg amik gambar ni.. boleh jadi fotografer pro ni.. :P
~mel
saja..
Time ni bersama2 dgn hubby kat rumah keluarga angkat di Kg Ulu Kuang, Chemor Perak. TQ to my dearest hubby yg sanggup dtg dari Penang utk menemankan semalaman di sana.. Sambutan yg kami terima waktu memula dtg ke kampung ni mmg agak meriah tp last2 ada insiden yg menyebabkan aku rasa agak terkilan dan tak best..
Anyway.. semua tu pengajaran utk kami supaya lebih berhati2 dan peka di tempat org.. kan..
~mel
Ahad, 27 Disember 2009
True Move..
Pengembaraan Kembara 4 Negara tempohari bermula di Hadyai, Thailand.
The first thing yg aku realised was the fact that my DiGi still on
DiGi status until 1/2 hr perjlnan melepasi border Thai. Pelik!
Patutnya masuk2 border dh tukar status ke roaming.. Tetiba smpi satu
tmpt.. Alamak!! No Service!! Baru aku tingat.. Aiseh.. Aku patutnya
activate dulu roaming coz aku guna postpaid!! Dulu guna prepaid mmgla
auto roaming..
Sampai di Prince of Songhkla University, first thing yg aku tnya wakil
student PSU tu.. ada jual sim prepaid tak kt situ? Mamat tu org
Pattani, so boleh ckp Melayu dialek Kelante.. Dia ckp kat aku jgn
risau jab lg dia bwk aku gi beli sim prepaid..
So b4 kitorg checkin guest house uni, dia bwk aku kt satu kedai uni &
beli simcard prepaid True Move ni.. Harga utk satu sim lebih kurang
RM4.90 dan spjg 3 hari di sana aku hnya top-up dlm RM9.00 dan still
ada balance rasanya dlm tu.. Yg bestnya topup dia ada 3 je.. RM2, RM5
& RM9.. Lain takde..
Tapi xtaula kan berapa bil my hubby this month psl dia yg kena call
aku dr Msia.. Huhu..:P
~Mel
Sabtu, 26 Disember 2009
malam last..
Sampai kat tmpt seafood gerak hati aku cakap... errkk esklusif tempat ni. Aku pun tanya kat derang.. duit ada berapa.. agak2 cukup ke nak makan ni. Derang ckp.. rasanya cukup Dr... kami ada sejuta rupiahv(dlm RM250++). Aku cakap.. kalau xcukup aku xleh nak bantu sebab duit aku dah habis shopping.. yg tinggal cuma dlm 60ribu rupiah je.. Bila aku tanya en. sofwan, my colleague dia ada duit lebih tak in case tak cukup duit.. dia cakap dia ada 600 ribu rupiah lg.. So aku budjet2 cam cukupla... ada dlm RM500, xde risau sgt..
So, di meja bedudak Ajk ni order la.. sikit punya lama pilih makanan.. aku siap sound lagi.. cepatla.. aku dah lapar.. Bila makanan sampai... mak ooooiiii.. terkejut aku.. macam2 jenis seafood.. udang (4 pinggan besau), ketam, sotong (4 pinggan lain2 jenis masakan), ikan siakap (2ekor besar), ikan kerapu (2 ekor besar), tiram (etah tak ingat berapa pinggan), udang galah (4 pinggan besar), sayur2 ait fresh orange + air temikai 2 jug, dllg.. aku macam nak terbeliak bijik mata. Selalu makan satu family dgn family aku yg ada 23org jumlahnyer pun xsebanyak itu. Itupun kalau kat Msia dlm lingkungan RM300. Ini mcm 5 kali ganda yg selalu family aku makan ni.. Tgh2 makan aku tanya kat bebudak tu.. berapa ni semua korang kira tadi.. derang ckp.. dalam 600ribu Dr. Aku terkejut. Eh.. betul ke korang ni kira.. td siang kitorg lunch kat kedai nasi padang yg agak ekslusif pun dah 630ribu.. takkan ni lg murah.. Derang ckp.. betul Dr.. mmg kitorg dah kira.
Aku cakap kat en. sofwan.. errr.. aku cam tak percaya jer 600ribu lebih ni.. entah2 budak2 ni tak biasa makan seafood x? ke diorg salah faham camne nak order ni... Anyway.. dalam pada berfikir ttg harga tu, mmg sedap giler makan seafood fresh ni.. Org lain pun makan sesedap rasa..
lagi 15 minit kol 9.. aku cepat2 suh derang siap2 nak byr.. van yg kami sewa habis khidmatnya kol 9..so kena cepat2 balik.. So mana2 yg dah siap semua berlari ke van termasuklah en sofwan. Mula aku nak ikut ke van tapi aku cam tetiba rasa aku kena tunggu jugak bebudak ni bayar.. Bila waiter datang bawak bil... tengok2 bilnya 2JUTA RUPIAH!!.. (dalam RM750)Bebudak ni ade 1 juta rupiah jer.. en sofwan dah tah ke mana.. kalau campur duit en sofwan pun tak cukup.. baru 160ribu. Muka ketiga2 org AJK dah pusat lesi. Mana nak korek duit nak bayar ni.. duit ada separuh jer.. Kesian betul aku tgk muka bebudak tu..
Memula aku ingat nak suh one of them gi panggil en sofwan.. pastu cam fikir apa en sofwan boleh buat.. duit dia pun tak cukup.. Tetiba aku terfikir nak tanya waiter tu... errr.. sini boleh guna kredit kad kan? Waiter tu cakap.. "buleh Mbak.." Aku pun terus ikut budak tu.. hulur kredit kad aku..& bayar.. Settle bil aku pun pusing tgk blakang.. Ajk2 aku semuanya muka masih pucat tak berdarah lagi.. Tergelak terbahak2 aku dibuatnya..
OTW nak gi van.. masing2 masih gabra.. Dr.. mcm mana ni... macam mana kitorang hanya mampu nak byr 1 juta jer kat Dr... lagi 1 juta mcm mana.. Mmg time tu aku gelak habis.. mmg time aku bayar tu tak terfikir pun camne nak suh derang byr balik...yg penting time tu nak selamatkan derang dari jadi tukang basuh pinggan kat restoran tu!! huhu.. Then aku cakap.. xpelah..jgn risau.. duit projrk kat aku pun masih ada lebih.. so aku boleh amik balance nya dari situ je nanti.. huhu...
Masing2 terus cakap... LEGAA.... Rupa-rupanya semua tukang order makanan tu tak pernah makan seafood kt restoran... jd derang tak tau yg harga seafood semua tu dikira dlm kilo!! Derang ingatkan kalau tulis 10ribu rupiah tu maksudnya 10 ribu rupiah sepinggan.. tak tau yg maksudnya 10ribu rupiah sekilo!
Dalam van derang kena gelak.. really experience la kat derang.. hehe.. masing2 tak habis2 ucapkan TQ sebab aku jadi penyelamat derang.. kalau tak mmg kena cuci pinggan laa..
~mel
mujur kad boleh swipe.. huhu seram gak sbb amountnya berjuta2.. :P
Khamis, 24 Disember 2009
sup tulang..
Beberapa jam lalu kawanku Yati menjemput aku di depan hotel backpackers depan Bugis Junction Singapore. First time nak jumpa Yati.. kawan aku since beberapa tahun lepas di Multiply. Bila jumpa Yati mmg terus boleh ngam! Macam dah kenal lama.. Yati bawak aku gi mkn di Beach Road.. dengan aku yg tak berapa sihat.. Yati siap nak bawak gi klinik tp aku rasa cam menyusahkan dia jer.. so kitorg gi makan. Ya Allah.. order makanan macam2.. macam nak bg satu bala tentera nak makan.. dgn nasi putih, kuey teow nasah, tom yam, sayur, dan yang paling menarik.. SUP TULANG.
Tapi yg peliknya sup tulang tu warna merah, dan kuahnya tak dela banyak macamsup tulang kita di Msia.. haa.. tgk la gambar sup tulang tu kat atas.. xde kuah sgt.. sup tulang ni pulak dihidangkankan dgn roti.. ish ish.. jenuh nak makan dan tak terabis pun...
Anyway..thanks Yati.. for the nice food & belanja mel.. :)
Rabu, 23 Disember 2009
Baby..
Nama saya baby.. bila amik gambar saya boleh buat pelbagai jenis muka.. time ni saya panjat abah saya punya timbang sayur dan timbang diri sendiri... Auntie lupa nak tanya siapa nama saya sebab auntie panggil saya baby yer.. Mak dan abah saya jadi mak angkat auntie di Kg. Lakai Jelebu NS.. Cute kan saya.. Cuba tengok kat timbang tu.. berat saya 10kg..
TQ..
Last2 aku cakap kat derang.. after this aku nak balik. aku tahu kat mana limit aku.. nafas pun dah rasa sesak.. Derang ckp ok.. ada yg nak temankan tp aku ckp xpe.. kesian takkan derang xleh gi melawat sebab aku.. then kami naik MRT.. MRT sgt penuh.. bila ada tempat kosong depan derang siap xbg org duduk, ckp aku tak sihat kena bg aku duduk, walaupun masa tu aku jauh dari derang.. Terharu pulak rasa.. derang turun di stesen awal.. aku sorang2 ke stesen Bugis jauh sikit dari tmpt derang berhenti.. time sorang dlm MRT berlinang airmata aku.. entahlah aku tak tahu apa yg aku rasa skrg ni.. aku rasa sedih sgt..
~mel
wish i can stop crying..
Kosong..
penat.. I think my student pun mcm tu.. Hari ni 2nd day in spore.. Aku
mmg rasa xbrapa sihat since smlm.. Pg2 bila aku bgn aku dh rasa
semcm.. My students yg very observant risau betul.. Siap tanya aku ok
ke.. Dari sorang ke sorang.. Aku just ckp aku ok.. Walaupun aku x ok..
Badan xsihat + homesick..
Skrg ni actually tgh tunggu nak msk Science Centre.. Aku mmg xde mood
lngsg.. Rasa kosong.. Kosong sgt.. Rasa blur.. Rasa penat.. Rasa
xlarat.. Semua cukup..
But.. Who cares?? Huhu..
~mel
23/12/09
Sent from my iPhone
Sabtu, 19 Disember 2009
Serendah, Selangor, Malaysia
VERSION:3.0
N:;;;;
item1.ADR;type=HOME;type=pref:;;;Serendah;Selangor;;Malaysia
item1.X-ABADR:my
item2.URL;type=pref:http\://maps.google.com/maps?f=q&q=3.366374\,101.606590%20%28Serendah\,%20Selangor\,%20Malaysia%29
item2.X-ABLabel:map url
END:VCARD
Ahad, 13 Disember 2009
Bedset..
Hadiah kawen pemberian boss hubby.. Sgt cantik jenama Akemi tp
lecehnya sarung bantal 2 jer.. Tapi biasala kan.. Mmg jenama ni sarung
bantal 2 jer + 1 sarung bantal golek...
Selasa, 8 Disember 2009
Haisshhh...
Ada sape2 nk tambah hutang?? Huhu.. Xyah ler.. Buat sakit kepala
jet..:P Lagipun bak kata hubby td.. Guna iphone ni paling best.. So
dpt henfon freee pun xguna..:D
Ahad, 6 Disember 2009
colek'...
Tadi aku gi Giant Bayan Baru.. beli barang keperluan sambil hilangkan boring la.. hubby berbengkel di Eastin Hotel.. Bila sampai tang tempat buah-buahan.. nampak ler buah jambu batu.. so beli la... Bila sampai rumah, baru terfikir.. alaa.. aku xde kuah rojak ke.. @ asam masin ke utk makan dgn buah jambu tu...
Tiba-tiba teringat.. haa.. masa kecik2 dulu mmg tak makan buah jambu @ apa2la buah, mangga ke, belimbing ke.. nenas ke.. dgn kuah rojak @ asam masin yg beli.. tapi buat colek' sendiri... walaupun buat sendiri tapi mmg rasa sedap sgt.. so td aku pun tingatkan kaedah zaman dulu2 buat colek', style ala2 kelantan gitu.. ada dua version, satu version guna kicap.. satu version guna cuka..
Version kicap ~campur semua bahan2 ni.. agak2 ler bnyknyer ikut keperluan utk dimakan dgn buah2an..
Kicap
Gula
Garam sikit
Belacan sikit
Cili api
Version Cuka ~ bahan sama je cam version kicap, tapi kicap ganti dgn cuka..
Kira bahan2 kat atas tu campur bagi sebati.. cili api + belacan di penyek2 bg hancur... pastu leh la makan dgn buah2 pilihan.. biasanya version kicap makan dgn buah2 spt mangga, nenas, belimbing dllg.. dan version cuka makan dgn jambu.. Sangat menyelerakan.. sape2 yg tak pernah buat cubala... Tadi aku buat version kicap.. perghhh.. dh lama xmkn mmg rasa best sgt..
~mel..
tetiba kecur ailio...
Sabtu, 5 Disember 2009
Eastin..
Just arrived at Eastin Hotel di Queensbay.. Jgn salah sangka, ni bukan
gi hanimun.. Tp sebab si dia ada bengkel kat sini smpi 9 hb, so aku
pun dtg ler.. Kebetulan dia dok bilik single.. Dpt ler aku menepek kt
sini.. Dtg pun pkl 10mlm.. Dia masih kt bawah kerja lom habis.. So aku
lepak tgk tv jela.. Aku tak bawak laptop mlm ni.. Rekod tu.. Tp tak
kisahlah.. Ifon aku ade, lgpun skrg ni aku dh kurang online sgt.. Dulu
salahsatu sbb online sbb si dia jauh dimata.. Skrg dh ada dpn mata..
So aktiviti online tu dh diminimakan, dah beransur nk tukar jd manusia
biasa.. Huhu..
Eastin Hotel ni sbnrnya dekat jer dgn rumah aku.. Dlm 10 minit drive
jer.. Tp td on the way ke sini jalan jem giler.. Sbbnya kena lalu
dekat dgn tapak pesta pulau pinang kat Sg Nibong.. Ramai betul org
td.. Agaknya sbb mlm mggu.. Si dia ada tanya td.. Bila kita nk gi
pesta tu.. Aku ckp tah lah.. Weekend kitorg penuh dgn keje.. Hopefully
next week free sbb mnggu pastu aku kena travel ke 4 negara.. Waaa..
Dulu masa mula2 di offer pergi rasa best.. Tp dlm keadaan skrg ni rasa
xbest coz trpaksa tgglkn hubby 11 hari.. Waaaaaaa...
dialog..
"Abg, mel nak mandi jab la.. abg leh tengokkan ayam goreng atas dapur tak?"
"Err.. tengok jer kan, kalau hangus ke.. tengok jugak la kan".. kata si suami
Dalam hatiku berkata.. haiyaaa..kang hangus pulak ayam goreng yg aku inovasikan ilham dari ayam goreng kenduri hari tu... ayam goreng berempah dgn daun kari. Aku pun pergi semula ke dapur.. sambil ambik pinggan utk menghidang... tak jadi nak gi mandi. Tiba2 teringat pulak satu ketika dahulu, ibu mentuaku (masa tu belum jadi ibu mentua lagi) pernah cakap kat aku, kalau tak silap sehari sebelum raya tahun lepas.. Masa tu dia tengah masukkan pulut dlm ketupat kot.. ada rendang atas dapur.. ibu mentuaku meminta adik suamiku tolong kacaukan rendang atas dapur... sambil2 tu dia berkata..
"Ijal tu tak de nyer nak tolong kat dapur, kalau adiknyer memang rajin nolong2 kat dapur ni.. dia tu tak de la.."
Mengingatkan dialog ibu mentuaku suatu ketika dahulu terus menyebabkan aku KIV nak mandi.. tunggu sampai ayam habis goreng, hidang semua atas meja.. (aku masak gulai kurma telur ~kehkehkeh telur kawen xtra yg disimpan dlm fridge, sambal sotong & ayam goreng rempah berdaun kari). Siang2 time weekend ni boleh la masak bnyk2 sikit kalau xkuar ke mana2.. Settle semua dihidang.. cepat2 aku gi mandi (sbb dari pagi tak mandi dok mengemas & mengalih2 brg rumah).
Oleh kerana lapar.. aku makan bnyk jugak.. tengok si dia makan pun boleh tahan... aku tambah nasi dulu.. then tetiba dia capai periuk nasi (hehe..aku hidang dgn periuk nasi jer atas meja).. dialog last dia yg aku tak tahan.. terus kembang semangkuk macam belon dimasukkan gas helium..
Dialog dia...
"Rasa cam dah kenyang tapi kalau tak tambah rasa rugi pulak... "
Apa maksudnya tu... tahlah.. tapi aku interpret guna bahasa aku la.. terasa cam dipuji lak.. huhu.. kira puji tu kan? Ke aku perasan?? huhu... habis nasi seperiuk tghari td..
Anyway dalam hati ku berdialog jugak... "aku kena gak ajar dia masak sikit2 nanti.. manalah tau.... aku jugak yg susah nanti...."
~Mel
ke sebab time masak lom mandi?
Selasa, 1 Disember 2009
Ahad, 29 November 2009
Inai..
Tadi on the way nak ke Gombak aku dok tunjuk kat boss inai segera aku
yg hampir pudar.. Aku ckp kt boss cepat betul hilang inai ni.. Tapi
pakai pun sekejab juga.. Stgh jam jer..
Tingat lak dulu2 bila nk pakai inai.. Cari daun inai.. Tumbuk-tumbuk
guna lesung..sampai lumat.. Isi nasi sikit.. Baru leh pakai sebelum
tidur.. Esok pgnya baru boleh pakai..
Sabtu, 28 November 2009
Jumaat, 27 November 2009
Besday..
Dalam kalut2 bersiap sedia utk majlis, berkebetulan 4 org kanak2
bersepupu di rumah ni sambut besday dekat2.. So diadakan majlis
sambutan besday Auni, Aliff, Chicha & Aqil.. Makan kek secret receipes
+ KFC..masing2 nak mkn awal sebelum maghrib sbb lepas tu kakak2 aku nk
tggu Nur Kasih episod akhir.. Huhu.. Sabor jer..
Esok kenduri nikah aku.. Nikah diMasjid pkl 11pg.. Insyaallah..
Kenduri kt rumah aku kecil- kecilan aje.. Hanya utk keluarga & rakan
terdekat.. Sbnrnya lngsg xde org tua untu kenduri aku ni.. Paling tua
kakak aku jer.. & adik beradik aku.. Mak ayah dh xde...
Apa2 pun.. Moga2 semuanya berjalan lancar esok dan lusa.. Doakan kami
hidup aman damai, bahagia & dalam lindungan & keberkatanNYA.. Aminn..
Khamis, 26 November 2009
Telur...
Smlm konon nk sggh beli telur tp tak sempat.. Hari ni kat sini telur
hampir habis.. Adehhh..
Selasa, 24 November 2009
Kelam..
Aku ingat nk perabih marking mlm ni.. Tgk2 letrik pulak xde.. Tadi dr
siang xde air.. Waduh waduh.. Jgn la lama sgt xde api air ni.. Mati
kutu dibuatnyer.. Kepala pun pening jadinya...
Preparation..
Semalam time gi jumpa org katering (kira sedara gak ni) org tu cakap.. kesian korang xde orang tua.. semua organise sendiri.. hmm.. nak buat macam mana.. mak dah pergi dulu sebelum sempat majlis diadakan.. tak mengapalah, at least mak merestui segala2nya sebelum mak pergi.. Teringat pulak pertama kali mak jumpa si dia... slow slow mak tanya kat belakang dia ni melayu ke... jeng jeng jeng... huhu.. jgn marah boss.. :P
Apa-apa pun yg penting aku kena siapkan marking exam paper hari ni... adehh.. harap-harap line internet tak buat hal.. kalau x jenuh aku nak upload file....
DOA-DOA moga cuaca terus baik hingga ke hujung minggu supaya adik beradik ku yg lain tidak terkandas dlm banjir... risau jer.. takut juga jalan ke sini banjir kalau hujan lebat..
Khamis, 19 November 2009
Larangan Permainan Facebook
Assalamulaikum,
Soalan pertama, kami telah mengenalpasti punca masalah dan sedang
berusaha bersama pihak pembekal bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.
Soalan kedua, secara umumnya polisi pengguna internet USM adalah
selaras dan terikat dengan polisi yang diguna-pakai oleh jabatan-jabatan
kerajaan yang lain yang dikeluarkan oleh MAMPU. Bagaimana pun, kita memberi
lebih kebebasan kepada warga USMNet dalam penggunaan sumber internet.
Permainan atas talian adalah dihalang capaiannya dari dalam USM
semenjak sekian lama, perkara ini boleh dirujuk kepada muka 6, perkara 7,
sub perkara (g) pada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1
Tahun 2003 yang dikempilkan bersama. Lain-lain perkeliling berkaitan
penggunaan ICT boleh dirujuk pada laman http://www.mampu.gov.my/mampu/
Halangan kepada permainan di Facebook berlaku apabila berlaku
perubahan "rating" laman web pada peringkat antarabangsa. Laman tersebut
yang sebelum ini dikelaskan sebagai laman sosial, kini disub-kelaskan kepada
permainan internet yang menyebabkan capaiannya dihalang oleh peranti
"firewall".
Saya tidak pasti apakah hasil-hasil kerja dari pihak pelajar, Dr
lebih mengetahui keperluan Dr. Dr boleh mengutarakan perkara ini kepada CIO
(En ..........................) beserta perancangan pengajaran dan detail keperluan.
Berdasarkan justifikasi yang jelas, ianya akan memudahkan kerja kami
mengenal-pasti sumber-sumber yang perlu dan kepada siapa sumber-sumber
tersebut harus disediakan. Polisi membuka semua tidak dapat dipratikkan
berikutan impak yang tidak sihat melebihi kebaikan yang ada padanya.
K..... A.....
Keselamatan ICT,
Universiti Sains Malaysia
-----Original Message-----
From: ....................
Sent: Thursday, November 19, 2009 9:40 AM
To: Fikry
Subject:
Salam fikry,
Nama : ..........................
No Staf : ....../08
Jawatan: Pensayarah Kanan
Komen:
1. Saya dapati internet connection USM mmg sangat tidak stabil. Proses
uploading selalu tergendala & internet selalu terputus. Saya rasa hal ini
makin menjadi-jadi sekarang ini. Apabila student ramai menggunakan komputer
di makmal multimedia PPIP, internet selalu problem. Untuk membuka satu2
browser pun bermasalah.
2. Kepada siapa saya nak komplen tentang games-games yang telah di blocked
dalam facebook? Saya menggunakan games-games tersebut dalam pengajaran dan
pembelajaran saya, jika ianya diblocked macam mana saya nak teruskan p&p
yer? Saya boleh sertakan perancangan pengajaran saya untuk buktikan yang
application games dalam facebook tu sgt penting utk p&p saya. Juga hasil2
kerja pelajar yang telah dihasilkan melalui application tersebut. Sila
ajukan pertanyaan saya ini kepada sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal
ini.
Thanks
-----
Dr.......................
Senior Lecturer (ICT, Multimedia & e-learning)
School of .............................
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.
Rabu, 18 November 2009
Kepingin..
Anyway melepas lah kempunan aku nak makan putu mayam.. Kalau tengok kat bawah ni mcm nasi pulak.. Bagi sesape yg tak pernah makan putu mayam (kot2 la ada yg ketinggalan lrt).. putu mayam ni terdiri dari 3 komponen.. komponen ala ala mihun.. komponen gula merah (aku rasa skg org guna brown sugar jer) & last sekali komponen kelapa parut. Bila ketiga2 komponen ni digaul sekali dan dimakan... rasanyer amat menyelerakan. Cubalah... huhu..
Selasa, 17 November 2009
Pengawas..
Ptg ni aku jadi pengawas exam bg subjek yg aku ajar.. Exam dijlnkn di
PHS II di mana 4 paper di combinekan dlm satu dewan.. Hari ni sbnrnya
aku rasa xberapa sihat.. Jd time jd pengawas ni aku rasa tak berapa
selesa la.. Dah ler jaga exam dgn org2 yg x aku kenal..
Aku tgh pening.. Manala aku letak borang utk ambil skrip exam.. Selama
ni aku jaga hati2 utk hari ni.. Tetiba hari ni aku xingat pulak mana
aku letak..
Teruk betulla.. Grrrr.. (pada diri sendiri)
Isnin, 16 November 2009
RM3...
So.. balik tu singgahla.. wahh.. tiga inggit jer.. best2.. lepas tu mmg berkilat kereta... :)
Kat sekitar USM ni tak de lagi tempat basuh kereta cenggitu.. so kalau ada sape2 nak buka amat dialu-alukan... errr... ke boss nak buat jadi pengusaha kedai cuci kereta lak pas ni.. :P
12 days to go...
Haa.. ini time abangku nak cari kasut hantaran last week (pakai baju tight-in tu..huhu) .. adehh adeh.. jenuh mencari.. mujurlah matahari bersinar hari tu kat Sunshine.. jadi jumpala kasut yg diidam2kan.. Sebelum nak beli tu sms k.hani dulu utk komfemkan kasut yg macam mana... Dia cakap kasut mesti macam kasut Obama.. tak boleh lain.. Dalam firasat aku.. mesti kena beli kasut bekilat yg boleh buat cermin muka kalau nak berbedak & berlipstik....
Oleh sebab aku tak de menggaji org utk buatkan hantaran.. jd kebanyakkannya aku gubah sendiri.. bila balik kerja aku buat sikit2.. sampai sekarang pun masih sikit..huhu... anyway..hopefully siaplah hingga hari yg dinanti2 kan.. My sister dok suh buat hantaran ala-ala moden.. aisehh.. malas la aku.... huhu.. buat je la ikut kreativiti tgn aku yg tak berapa nak kreatif ni.. lgpun hasrat hati nak buat sendiri semuanya utk hari itu... amacam?
~mel
ok.. sambung kerja..
Ahad, 15 November 2009
Mcm mana nak lalu ni..
Tgh otw nak ke gurney drive mkn pasembur.. Ada org potong pokok dlm
USM.. Perjalanan tergendala sebentar..
Sabtu, 14 November 2009
Anak sape ni?
Pagi2 ni kena kacau.. Empat kali mms masuk time tgh tidur.. Aiseh..
Henfon jauh lak, terpaksa bgn lak.. Tgk2 ada gambar sikecik ni.. Anak
sape ni? Ibunya sila angkat tgn yer...
Rabu, 11 November 2009
Perjalanan..
Anyway.. entahlah.. semua ini dugaan kot.. sebenarnya dah bermacam dugaan yang kami lalui.. satu demi satu.. tapi tak tau macam mana kami masih kuat berpegang antara satu sama lain... mungkin inilah yang dikatakan saling melengkapi.. aku ada banyak kelemahan.. kesabaran aku mmg kurang.. dan cukup sensitif.. tapi dia sabar dgn kelemahan-kelemahan aku tu... which i am so thankful... 16 days to go.. 16 days to go...
With a plethora of decisions to be made.
Accidents can and will occur.
Will you allow them to derail you?
Be Careful! A mistake early on may cost dearly down the road.
And sometimes the crossroads of loved ones are cut short.
But do not fear; For your road continues on.
Will you lead your road? Or will it lead you?
Perhaps your path will merge with another
And continue on as one.
Does now your journey seem complete?
No, you are just beginning, much more is to come."
from the poem The Journey
by Adam Johnson
Ahad, 8 November 2009
Nasi lemak..
Hari ni boss ajak breakfast di fajar harapan.. Tak pernah lg breakfast
situ.. Kami sama2 mkn nasi lemak.. Tgh2 mkn aku ckp kt boss.. Sedap
jugak nasi lemak ni.. Nasi nya cukup rasa.. Boss pun ckp.. Sambal pun
boleh tahan walaupun rupa xmenawan..
Tetiba teringat nasi lemak arwah mak.. Rasanya mmg dah bertahun2 tak
rasa nasi lemak masakan arwah mak.. Tp still boleh bygkan rupa & rasa
nasi lemak tu.. Santan nasi lemak arwah mak mmg mesti guna santan
segar yg diperah dari nyiur yg baru dibelah.. Kat nasi tu mesti ada
titik2 coklat muda hasil dr perahan santan.. Mmg kaw rasanya..
Sambalnya pun umpphhh.. Aku mmg xleh celen..
~mel
Rindu masakan arwah mak terutama sayur masak asam keladi dgn taucu...
Sabtu, 7 November 2009
Nak gi kenduri..
Kami otw nak ke Kepala Batas utk kenduri anak staff my office..
Biasala kan.. Aku sentiasa menikmati pemandangan atas jambatan Pulau
Pinang setiap kali aku lalu atas jambatan ni.. Terutama bila aku xyah
drive.. Hehe..
Rabu, 4 November 2009
Serabut..
Sbnrnya tgh ngantuk giler ni.. Boss mintak tolong sortkan kad2
undangan utk dihantar balik ke Gombak.. Tapinya mengantuk mengatasi
segalanya.. Baik aku tido sat..
Ahad, 1 November 2009
Your invitation to preview Google Wave
wave | |
preview |
Thank you for signing up to give us early feedback on Google Wave. We're happy to give you access to Google Wave and are enlisting your help to improve the product. |
To accept your invitation, sign into Google Wave at the following link*: |
https://wave.google.com/wave/invite?a=pre&wtok=255596df44109f77&wsig=ABk8uhTa7mNSixhdup4b9ocnNNCXlo9p0g |
(If you do not have a Google account, you will be prompted to create one) |
Once you've signed in: |
|
Happy waving! |
The Google Wave Team |
For help, please visit http://www.google.com/support/wave |
* This link will only work for one invitation to Google Wave, it cannot be shared! |
Copyright 2009. Google Inc, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043. |
--
1 + 1 = 3
Jumaat, 30 Oktober 2009
Potpourri..
Selesai ke pejabat agama pagi tadi menguruskan beberapa urusan, aku
pulang ke rumah my sister..hajat dihati nk juga keluar membeli
barang.. Tapi bila tgk jam belumpun pukul 10pg.. Akupun tunda dulu la
sbb rasanya kedai pun belum buka sgt lg..
Sambil lepak2 baca majalah.. Terpandang potpourri atas meja kt umah
ni.. Rasa nak trgelak pulak.. Atas dlm vase kaca potpurri tu ada
seketul bawang putih.. Mesti org pelik apahal lak ada bwg putih
seketul tu.. Hiasan tambahan ke??
Sebenarnya my niece mmg agak nakal.. Umor 5 thn tp mmg aktif walaupun
pompuan.. Ckp ape pun dia xpeduli.. Tapi Ada satu mende je yg dia
takut.. BAWANG PUTIH.. Huhu.. Xtau la pasal ape.. Dia mmg xakan
mndekati ape2 yg ada bwg putih.. Kalau kt rumah kakak aku yg Ada
tangga dan hiasan mahal.. Kt tangga tu akn diletakkan bwg putih supaya
dia xmain tangga & kt hiasan pun Ada bwh putih supaya dia tak usik
hiasan..
Klu org xtau mcm ingat nk halau hantu jembalang ape je coz bwg putih
merata-rata dlm rumah.. :D
Rabu, 28 Oktober 2009
Kecik2 cili api..
Berebut dgn aliff yg nak main henfon.. Hihi.. Aqil menang.. Nak tefon
awek ke aqil??
Selasa, 27 Oktober 2009
Gurney drive..
Sementara tggu boss gi byr parking lepak sat tepi benteng gurney drive
ni.. Angin sepoi2 bahasa amat menyegarkan.. Tapi malang sekali perut
rasa lapar sgt + kena blk ofis utk sambung keje.. Klu x.. Rasa nk
baring2 je tepi benteng ni..
Isnin, 26 Oktober 2009
Ingatan..
Td sebelum ke Bukit Mertajam utk melawat lab komputer di SABK
Masriyah, aku sempat check pigeonhole aku.. Tgk2 ada satu frame gmbr
dlm tu.. Ohh rupa2 dpt frame gmbr kenang2an dr student aku kumpulan
prasekolah.. Mereka ni last group prasekolah usm.. Pas ni xde dah sbb
semua kemasukan prasekolah akn pergi ke upsi.. Aku mngajar they all
last semester.. Subjek pendidikan komputer utk kanak2. Seronok ajar
kelas ni.. Dan kerja yg stdnt2 ni hasilkn mmg bagus..
Anyway.. Thanks yer.. Wish the class all the best for their LM in
January and all the best for their future..
~mel
I love teaching..
Rabu, 21 Oktober 2009
Punctual..
Sekarang ni jam menunjukkan 3.14p.m.. Pada meeting pagi tadi aku telah meminta RO aku dtg ke bilik ofis aku pukul 3p.m utk membuat senarai laptop yg ada kat ofis aku serta check semua laptop dan serahkan kepada semua ahli projek aku. Insyaallah setiap seorg akan mendapat satu laptop untuk kegunaan projek. Ni haa.. sampai sekarang tak muncul2 lagi.. dah lebih 15 minit ni.. sekarang 3.16pm.. Aku dah start bengang..
Sebenarnya aku lihat kat sini macam ada satu budaya.. budaya datang lambat.. Pernah sekali aku pergi ke satu meeting.. tulis kat meeting tu 9.00am.. Tapi oleh kerana aku sesat, tak jumpa cari kat mana tempat meeting, aku sampai dlm 9.05pg.. Masa aku drive nak cari tempat tu.. aku dah sangat susah hati sebab aku akan lambat. Aku memang tak suka lambat, kalau boleh mesti nak dtg ikut time.. tapinya bila aku sampai.. tengok-tengok baru ada sorang dua jer... Bila aku ckp kat somebody yg dah dtg awal tu.. saya ingat saya dah lambat... that somebody cakap.. sini mmg mcm tu.. mmg org akan dtg lambat.. mmg betul.. 9.30 baru korum cukup.. alahai.. tak sukanya aku..
Tapi mmg aku perasan.. kalau kat sini.. meeting2 mmg ramai yg lambat.. kalau kita dtg awal mmg mestilah kena tunggu... Budaya USM ke tu? Kdg2 sampai rasa.. eh.. kalau aku gi cepat aku kena tunggu pulak.. tapi tula.. kalau gi lambat mmg tak sedap hati.. grr...
Anyway.. agaknya tu sebab wujud perkataan janji melayu.... kalau lambat sikit.. alaa.. janji melayu.. maknanya org melayu ni mmg suka mungkir janji.. ataupun tak punctual ekk..?
So.. aku rasa aku nak tukarlah.. tak mo jadi melayu lagi.. nak jadi org yg punctual.. bangsa mana ekk yang selalu punctual kalau ada apa2 appointment? India? Kang dikatakan "Auta Keling" plak... huhu..
~mel
xsampai2 lg budak ni.. nak kena ni..
Selasa, 20 Oktober 2009
Di sini segalanya bermula..
At the moment.. kesibukan makin bertambah. Ada agenda hidup yg sedang dirancang dan Insyaallah dengan doa dan rahmat dariNYA akan memulakan satu titik kehidupan baru. Gembirakah aku? Tentunya gembira.. ada banyak ranjau di dalam perjalanan ini.. kadang kala membuatkan aku hampir putus asa.. terkadang rasa lebih baik ku lepaskan apa yg ku genggam.. Namun alhamdulillah.. akhirnya aku sampai di sini.. ke detik ini yang amat aku hargai...
Masa seperti pantasnya berlalu.. aku rasa terlalu banyak perkara perlu difikirkan dan perlu diuruskan.. Namun aku sentiasa berdoa semoga segala2nya dipermudahkan.. Kalau ranjau sebelum2 ini mampu ditempuhi.. insyaallah yang ini bukanlah ranjau.. tapi rahmat dan kurniaan dariNYA yang tidak terhingga.. Yang akan dilalui pada hari-hari mendatang adalah suatu nikmat yang bagi seorang hamba sepertiku. Insyaallah aku ingin lakukan yg terbaik.. utk diriku.. dirinya dan utk semua yg sentiasa berada di sisi kami selama ini...
Ya Allah.. Syukurku hanya padaMU... Berkatilah perancangan dan segala apa yg ingin kami lakukan... Di sini segalanya bermula...
~mel
moga segalanya dipermudahkan...
Jom burger..
Balik2 keje ni laparlah.. So singgah sebentar membeli burger di depan
RST... Lapar.. Lapar ..
Jumaat, 16 Oktober 2009
Esok raya!!
Esok raya! Huhu.. Tapi raya hindu laa.. Aku dpt jemputan open house
deepavali esok oleh kwn aku yg keje kt MPPP.. Haa bukan raya kita je
ada open house skrg ni.. Raya depa pun sama.. Anyway aku rasa mmg xgi
lah kot.. Aku ni mmg susah skit kalau nk gi open house yg bkn islam..
Tahlah..ada rasa was was.. Ttg mknan.. & tentang bolehkah kita
meraikannya.. Kalau ikutkan bila dah was was tu mmg xleh dah gi.. So..
Baiklah aku xyah gi..
Tingat masa kecik2 dulu.. My dad mmg baik dgn ramai org cina..
Mee asparagus
Hari ni awal2 dh gosok baju tp tetiba fikir malas nk gi bfast kat
mana2.. So tetiba menggoreng mi.. Sayur xde.. Yg ada hnya asparagus &
mushroom.. Okla tu..
Aku mmg suka mkn asparagus.. Kdg2 rebus je pastu cicah sambal
belacan.. Sedappp..